Perodua sasar kenaikan eksport 79 peratus (2024), pengenalan Alza dan Axia ke Brunei

199

Perodua akan meningkatkan jualan eksport sebanyak 79 peratus kepada 1,960 unit tahun ini berbanding 1,094 unit tahun lalu.

Pada 3 Mei lalu, Perodua memperkenalkan Alza AV dan H serta Axia AV dan G ke Brunei dengan sasaran jualan masing-masing sebanyak 120 unit dan 40 unit.



Selain itu, negara jiran berkenaan turut menerima Bezza 1.0L G dengan jangkaan jualan sebanyak 300 unit, menjadikan jumlah sasaran keseluruhan jualan tahun ini sebanyak 460 unit.

Perodua merekodkan jualan 300 unit Bezza 1.0L G ke Brunei menjadikannya pasaran eksport terbesar syarikat berkenaan pada tahun lalu.

“Kami menjangkakan 2024 akan menjadi tahun pertama pengembangan pasaran eksport kerana kami kini berada di tahap yang mana ekosistem automotif Malaysia sudah mampu untuk memenuhi permintaan kenderaan yang kian meningkat, sama ada dalam mahupun luar negara. 

“Brunei adalah pasaran eksport pertama dipilih bagi tujuan pengembangan operasi tanpa menjejaskan peruntukan domestik kenderaan. Malah, Perodua berjaya mengurangkan tempoh menunggu untuk semua model popular dan mempunyai stok tersedia bagi sesetengah model kenderaan,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad.

Di samping itu, sasaran untuk meningkatkan pasaran eksport akan memberikan peluang yang lebih besar kepada pembekal Perodua untuk turut sama meningkatkan jumlah jualan selaras dengan keperluan komponen alat ganti. 

Bagi model yang baru dilancarkan di Brunei, harga yang ditawarkan adalah sebanyak BND30,900 bagi model Alza AV; BND27,900 bagi model Alza H; BND21,900 bagi model Axia AV dan BND17,900 bagi model Axia G.

Manakala, harga Bezza 1.0L G adalah sebanyak BND16,900. Kesemua harga yang disenaraikan adalah termasuk cukai jalan dan insurans.

Beliau menjangka pertumbuhan yang berterusan di dalam pasaran eksport Perodua berikutan pengembangan agresif yang dijalankan oleh syarikat dalam operasinya di samping keupayaan pengeluaran para pembekalnya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here