Ahli perniagaan Malaysia lapor Kastam Indonesia salah guna kuasa tahan 9 kenderaan mewah

729

Pengarah Speedline Industries Sdn Bhd, Kenneth Koh dari Malaysia melaporkan Kastam Soekarno-Hatta kepada Peguam Negara Indonesia atas dakwaan salah guna kuasa menahan sembilan kenderaan mewah bagi tujuan pameran. 

Dipercayai, laporan tersebut diserahkan kepada Peguam Negara pada 17 April lalu namun video kejadian itu kembali tular pada Jumaat (10 Mei) lalu.

Gambar hiasan
Menurut wakil peguam ahli perniagaan tersebut, pihaknya membuat laporan kerana sehingga kini sembilan model mewah yang dibawa masuk untuk tujuan pameran itu ditahan di Kastam Lapangan Terbang Soetta.
 
“Kereta mewah itu terdiri daripada Lamborghini, Aston Martin, McClaren, dan Rolls Royce yang datang ke Indonesia untuk tujuan pameran. Selepas pameran selesai, kereta itu akan pulang ke negara asal. 
 
“Kegunaannya itu hanya untuk kepentingan pameran dan disokong oleh peraturan penggunaan mobil-mobil yang akan digunakan untuk tujuan pameran,” kata peguam itu. 
 

Laporan tersebut diusulkan pemegang dokumen, Kenneth Kok kerana tidak dibenarkan melihat keadaan kereta kerana pihak Kastam telahpun mengeluarkan denda. Malah, disyaki kenderaan yang ditahan digunakan atas jalan raya.



“Ketika kami hendak melakukan pemeriksaan fizikal, kami tidak diberi kebenaran. Padahal sehari sebelumnya, kebenaran diberikan oleh Ketua Kastam Soetta. Kami mengesyaki ada perkara berkaitan salah guna kuasa iaitu Perkara 421 oleh Kastam,” katanya.

KRONOLOGI KES 

Menurut CNBC Indonesia, isu penggelapan sitaan kenderaan mewah tersebut awalnya disebarkan akaun media sosial @Aryprasetyo85 atas dakwaan Pejabat Kastam Soetta menyalahgunakan sembilan buah kenderaan mewah tersebut. 

Maklum balas dari laporan itu, Ketua Pejabat Perkhidmatan Utama Kastam dan Cukai Jenis C Soekarno Hatta, Gatot Sugeng Wibowo menjelaskan sebagaimana diberikan Staf Khusus Menteri Kewangan Bahagian Komunikasi Strategik, Yustinus Prastowo.

Prastowo berkata, kronologi masalah itu bermula pada tempoh 2019 hingga 2020. Dalam tempoh itu, kenderaan itu diimport buat sementara waktu menggunakan prosedur import sementara atau ATA (Admission Temporaire/Temporary Admission) Carnet.

“Penjelasan Pak Gatot, kronologi import supercar 2019-2020 dalam tempoh itu, sembilan unit kereta mewah diimport sementara menggunakan prosedur ATA Carnet,” kata Prastowo. 

Pada tahun 2021, dokumen ATA Carnet telah tamat tempoh. Kemudian, pada Mac 2022 kerana dokumen ATA Carnet tamat tempoh, Kastam Soekarno-Hatta menghantar Surat Pemberitahuan Tuntutan Waranti Carnet kepada Pejabat Dagang Indonesia (KADIN).

“Barang-barang itu dimeterai untuk memastikan barang-barang itu selamat,” katanya.

Pada September 2022 (enam bulan selepas surat tuntutan), Kastam Soekarno-Hata mengeluarkan sembilan Surat Penetapan Sekatan Pentadbiran (SPSA) terhadap kereta berkenaan dengan jumlah nilai denda Rp 8,898,930,000 (RM2.6 juta) selepas tiada serahan tunai. 

Kemudian, pemilik tidak membuat pembayaran sehingga 60 hari SPSA dikeluarkan. Jadi pihak berkuasa mengeluarkan Surat Teguran pada 5 Disember 2022.

Dalam tempoh 21 hari sejak Surat Teguran dikeluarkan, pembayaran masih belum dilakukan lalu Kastam Soekarno-Hatta mengeluarkan Surat Paksa pada 26 Disember 2022.

Apabila tempoh 2X24 jam daripada penyerahan Surat Paksa, bil tidak dibayar, maka proses diteruskan dengan mengeluarkan Perintah Pelaksanaan Penyitaan (SPMP) yang dikeluarkan pada 16 Mac 2023. 

Namun, tuntutan tersebut masih belum dilunaskan, dengan jumlah bil dan bunga mencecah Rp11.8 bilion (RM3.5 juta) setakat Mei 2024. Malah, pihak berkuasa memberi amaran bahawa  berpotensi mencapai bil maksimum pada November 2024 berjumlah Rp13.1 bilion (RM13.9 juta).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here