Kelindan lori maut langgar treler, pemandu 18 tahun tiada lesen memandu

1252

Seorang lelaki maut apabila lori yang dipandu seorang remaja berusia 18 tahun terbakar selepas merempuh treler muatan habuk kayu di Lingkaran Tengah Utama (LTU) hala Barat Bentong, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, mangsa iaitu penumpang lori, Mohd Ghazi Ab Razab, 53 meninggal dunia di tempat kejadian.



Hasil siasatan awal, lori itu dari Kota Bharu, Kelantan menghala ke Pelaburan Klang, Selangor.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, pemandu lori dipercayai hilang kawalan lalu melanggar belakang bahagian belakang treler membawa muatan 50 tan yang berada di tepi jalan sebelah kiri kerana mengalami kerosakan.

“Akibat kemalangan tersebut, kenderaan berat itu terbakar di keseluruhan di bahagian,” katanya.

Siasatan pihak polis turut mendapati pemandu lori tiada lesen memandu.

Pemandu lori mengalami kecederaan patah paha dan dibawa ke Hospital Bentong manakala pemandu treler berusia 47 tahun tidak mengalami kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Pihak berkuasa meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here