Pemandu kongsi detik cemas kereta berpusing, dipercayai khianat tuang minyak atas jalan

236

Seorang pemandu berdepan detik cemas apabila keretanya berpusing ketika melalui sebuah jalan di Klang, pada Rabu. 

Video yang dikongsi akaun X @update11111 itu memaparkan kenderaan itu hilang kawalan lalu berpusing ketika melalui jalan yang dipercayai dituang minyak.

“Klang Darul Colombia…kalau jalan dari Andalas atau hospital besar menghala ke Klang, ingat bawak slow-slow sekarang ada orang tuang minyak lagi di jalan raya,” tulis kapsyen hantaran berkenaan. 



Menerusi rakaman papan pemuka berkenaan menunjukkan pemandu dapat mengawal kenderaan dengan baik lalu berhenti dan mengelak tembok pembahagi jalan.

Tidak lama selepas itu, terdapat beberapa kenderaan yang melalui jalan yang sama turut berdepan situasi mencemaskan yang mana sebuah kereta berpusing sehingga melawan arus.

Susulan perkongsian itu, kebanyakan pengguna media sosial meluahkan rasa marah dan berharap pelaku mendapat hukuman yang setimpal.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here