Suzuki perkenal Jimny XL dengan liveri klasik, terhad 500 unit

308

Suzuki melancarkan SUV off-road Jimny 5-pintu edisi istimewa khas buat pasaran Australia.

Digelar sebagai Suzuki Jimny XL Heritage, ia menampilkan warna seragam warisan yang mengingatkan kita kepada zaman kegemilangan era 70-an hingga 90-an.



Tidak banyak perubahan fizikal dilakukan, melainkan padanan liveri klasik pada bahagian sisi dan belakang, mud flap berwarna merah serta pilihan warna dua tona Ivory dan bumbung hitam.

Pilihan warna lain yang ditawarkan termasuklah Bluish Black Pearl, Jungle Green, Granite Grey, dan putih.

Kabin pula membawakan kelengkapan standard seperti skrin sentuh bersaiz 9- inci dengan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

Selain itu, Jimny XL Heritage turut mendapat ciri seperti unit lampu LED automatik, sensor parkir undur, kamera undur, kawalan kruise, kawalan menurun cerun serta enjin 1.5 liter berkuasa 101hp yang sama.

Untuk pasaran Australia, Suzuki hanya menawarkan 500 unit Jimny XL Heritage  berbanding 300 unit untuk versi tiga pintu sebelumnya. 

Harga jualan bermula dari AUD 36,490 (RM114,526) seunit. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here