Pekerja pos kantoi berlumba dengan Ford Mustang

253

Seorang pekerja Perkhidmatan Pos Amerika Syarikat (USPS) ditahan polis selepas didakwa berlumba dengan sebuah Ford Mustang ketika memandu van penghantarannya.

Menurut laporan WTVG News, kejadian berlaku pada 21 April lalu di Lebuhraya 20 di Fremont, Ohio.

Ketika kejadian, Drew Brown yang berusia 28 tahun memandu van Mercedes-Benz Metris pada kelajuan 169kmj di zon had laju 97kmj.



Menerusi rakaman kamera badan yang diperoleh WTVG News, seorang timbalan dari Pejabat Sheriff Daerah Sandusky menyoal Brown berkaitan kesalahannya. 

Brown dengan selamba memberi alasan tidak menyedari memandu sehingga 169kmj. 

Menurut pegawai tersebut, awalnya beliau ingin menahan sebuah Mustang namun ketika sedang mengejar kereta sukan itu tiba-tiba van putih USPS memotongnya.

Punca sebenar masih tidak diketahui namun sepertinya Brown sedang mengejar Mustang tersebut sebelum dikejar dan ditahan polis.

Brown juga menafikan bahawa dia mengenali pemandu Mustang itu. Laporan mengatakan yang dia diberikan amaran lisan kerana berlumba dan didenda USD50 (RM234) atas kesalahan melanggar peraturan lalu lintas.

Sementara itu, seorang jurucakap USPS memberitahu bahawa insiden itu masih dalam siasatan.

VIDEO

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here