Wanita Palestin kongsi keadaan ‘Malaysia Street’ di Gaza selepas pendudukan Israhell

132

Seorang pengguna TikTok @Farwina Faroque berkongsi satu video rakaman wanita Palestin yang menunjukkan keadaan ‘Malaysia Street’ di Gaza selepas pendudukan Zionist.

Dalam video yang direkod April lalu, wanita Palestin itu menunjukkan bangunan sekeliling yang hancur dan terbakar akibat serangan tentera Israhell di Malaysia Street. 

@farwinafaroque

There’s a Malaysia Street in Gaza. Look at it now. Message from Gaza April 9, 2024 #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypage #foryoupage #fyppppppppppppppppppppppp #learnontiktok #Gaza #malaysia #malaysiatiktok

♬ original sound – Farwina Faroque பர்வீன் – Farwina Faroque பர்வீன்



“Jalan ini diberi nama sempena Malaysia dua tahun lalu sebagai penghormatan kepada Malaysia pada Hari Merdeka.

“Sekarang saya akan tunjuk kepada anda bagaimana keadaan jalan ini selepas serangan, bagaimana ia rosak dan musnah,” katanya. 

Wanita tersebut turut mengimbau keadaan kawasan di jalan tersebut yang cantik dan elite serta kejiranan yang tenang sebelum pendudukan Israhell. 

“Ia mengingatkan saya kepada Damansara apabila saya berjalan dan memandu di Damansara ketika di Malaysia, keadaan jalannya seperti Damasara,” jelasnya. 

Pada video itu juga, dia menunjukkan Hospital Shifa yang rosak dan kesan terbakar di setiap bangunan yang tinggal selepas penduduk digesa meninggalkan kediaman untuk berpindah ke selatan.

Tambah wanita itu lagi, Malaysia Street menjadi lokasi pejabat pertubuhan antarabangsa misalnya Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan organisasi doktor dunia.

Pada penghujung video, wanita itu juga menunjukkan papan tanda Malaysia Street di akhir jalan yang telahpun hilang. 

MALAYSIA STREET DITUBUHKAN PADA 2021

Menurut laporan Berita Harian, Palestin menzahirkan penghargaan dengan menamakan jalan berhampiran kota Gaza sebagai ‘Malaysia Street’ pada 2021.

Pembinaan papan tanda yang tertera ‘Malaysia Street’ di laluan masuk itu diluluskan Majlis Perbandaran Gaza sempena Hari Kemerdekaan Malaysia (2021).

Lokasi jalan itu berdepan Bulatan Ansar, barat kota Gaza. 

Menurut terjemahan bahasa Arab pada papan tanda itu, Malaysia mempunyai peranan penting dalam membantu perjuangan rakyat Palestin, dengan berterusan mendesak supaya menghentikan penjajahan Israhell dan memperuntukkan semua hak sewajarnya kepada rakyat Palestin.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here