Honda bakal lancar 7 model EV di bawah ‘0 Series’

216

Dalam satu taklimat perniagaan baru-baru ini, Honda sekali lagi mengulangi hasratnya untuk menjadikan kenderaan elektrik (EV) dan kenderaan elektrik sel bahan api (FCEV) merangkumi 100 peratus daripada jualannya di peringkat global menjelang 2040.

Bagi mencapai sasarannya, Honda mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan tujuh model EV baharu di bawah ‘0 Series’.

Diumumkan buat pertama kali pada Januari lalu, 0 Series merupakan barisan produk pelbagai saiz yang dibangunkan untuk pasaran global. Setakat ini, dua model konsep telah dipertontonkan iaitu Saloon dan Space Hub.



Honda merancang untuk melancarkan ketujuh-tujuh model 0 Series ke pasaran menjelang 2030, bermula dengan tiga model (dua SUV, satu saloon) untuk pasaran Amerika Syarikat pada 2026. 

MAN MAXIMUM, MACHINE MINIMUM

EV 0 Series akan dibangunkan berdasarkan prinsip ‘Man Maximum, Machine Minimum’ serta menggunakan pengetahuan yang diperoleh daripada pembangunan kereta F1 dan model HEV.

Di samping menggunakan kerangka badan yang lebih ringan, model-model berkenaan juga dilengkapi dengan unit kuasa baharu yang direka lebih ringan dan nipis. 

Menurut Honda, cara ini membolehkan mereka mengurangkan berat keseluruhan kenderaan sehingga 100 kg jika dibandingkan dengan EV mereka yang terdahulu.

Bukan itu sahaja, dengan ciri aerodinamik yang diinspirasikan dari sukan permotoran, setiap EV di bawah 0 Series dikatakan mampu mencapai jarak pandu sejauh 480 km (berdasarkan kitaran EPA).

Teknologi lain yang akan disertakan termasuk UX digital, sistem ADAS, kemas kini atas udara (OTA) dan ECU teras yang bertindak sebagai ‘otak’ yang berupaya mengawal semua fungsi kenderaan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here