Sempena sambutan ulang tahun pertama, Chery Auto Malaysia menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada pelanggan baru bermula 1 Mei hingga 30 Jun ini.
Mereka bakal menikmati pakej penyelenggaraan servis percuma selama dua tahun yang meliputi komponen dan upah buruh untuk pembelian semua barisan kenderaan SUV membabitkan OMODA 5, TIGGO 8 PRO serta OMODA E5.
Pakej servis percuma ini adalah tambahan kepada tawaran sedia ada yang termasuk liputan jaminan selama 7 tahun atau sehingga 150,000KM dan 5 tahun perkhidmatan buruh percuma.
Sebagai bonus tambahan, pelanggan yang membeli TIGGO 8 PRO akan menerima sepasang Automatic Deployable Side Steps secara percuma bernilai RM2,999.
Aksesori itu akan keluar secara automatik apabila pintu dibuka, menjadikannya ciri yang mudah ketika masuk dan keluar dari kenderaan.
Pada hujung minggu ini beberapa bilik pameran Chery terpilih di seluruh negara akan mengadakan pratonton TIGGO 7 PRO. Pelanggan kini boleh menempah kenderaan itu yang dianggarkan berharga di bawah RM130,000.
Selain itu, TIGGO 7 PRO yang akan dilancarkan tidak lama lagi juga akan dipamerkan di Malaysia Autoshow 2024.