Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) melancarkan Golf R pemasangan tempatan (CKD) pada harga cadangan RM332,990.
Harga itu termasuk Pakej Jaminan Volkswagen Assurance Package (VAP) yang merangkumi penyelengaraan, jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun.
Golf R dilengkapi dengan “R Performance Package” sebagai standard membabitkan:
- Ekzos titanium Akrapovic
- Rim aloi Estoril bersaiz 19 inci
- Spoiler belakang baharu
- Mod pemanduan Drift dan Special
Mod Drift dan Special boleh diakses menerusi butang ‘R’ pada stereng. Ia menawarkan pelbagai mod ubah suai pada rangkaian kuasa serta chasis untuk menyuntik lebih keterujaan ketika memandu.
Mod Drift: Kuasa tork ditumpukan kepada roda belakang untuk membolehkan kereta mendorong dengan lancar dan secara terkawal.
Mod Special: Mengubahsuai tetapan suspensi untuk memberi cengkaman maksimum, sekaligus menjanjikan pengalaman pemanduan yang terbaik.
Direka khas untuk litar Nürburgring-Nordschleife, mode Special memberikan Golf R talaan yang mampu memenuhi keperluan khusus yang dituntut oleh litar lumba paling mencabar di dunia itu.
Enjin 2.0TSI Salur 320PS Dan Tork 400Nm
Masih menggunakan enjin turbo 4 silinder 2.0TSI berupaya menjana kuasa sehingga 320PS dan tork 400Nm.
Dengan transmisi klac basah 7-kelajuan DSG, Golf R boleh memecut dari 0-100km/j dalam masa hanya 4.8 saat dan mencatat kelajuan maksimum 250km/j.
Aspek keselamatan dan cengkaman dikekalkan menerusi sistem pacuan semua roda 4MOTION serta ‘torque vectoring’ berprestasi tinggi.
Secara visual, rangkaian Golf paling atas ini dapat dikenal pasti melalui bampar hadapan dan gril radiator R yang diinspirasikan daripada sukan bermotor.
Rekaan dalaman Golf R yang sporty jelas kelihatan menerusi kemasan R berwarna kelabu (Carbon Grey), tempat duduk dibalut kulit premium Nappa yang lengkap dengan gayaan R, stereng berprestasi R bersama lampu latar berwarna biru pada butang kawalan dan paddle shift.
Ciri-ciri baharu yang lain termasuklah Head-Up Display (HUD), sistem infotaimen Discover Pro bersaiz 10 inci, sistem bunyi Harman Kardon 480-watt, audio dengan 10 unit pembesar suara, pengecasan tanpa wayar dan bantuan lampu tinggi automatik.
Golf R disokong oleh teknologi IQ.DRIVE dan sistem bantuan pemandu termaju membabitkan:
- Bantuan Perjalanan dengan Kawalan Jelajah Adaptif (Travel Assist with Adaptive Cruise Control, ACC)
- Bantuan Sisi (Side Assist)
- Bantuan Hadapan (Front Assist)
- Bantuan Lorong (Lane Assist)
- Bantuan Kecemasan (Emergency Assist)
Terdapat tiga pilihan warna iaitu:
- Biru signatur (Lapiz Blue)
- Hitam (Deep Black)
- Putih (Pure White)
Galeri Gambar
Golf R akan dipamerkan pada acara Malaysia Autoshow yang berlangsung pada 22 hingga 26 Mei 2024 di MAEPS Serdang. Turut dipamerkan di ruang pameran Volkswagen yang terletak di Hall 2 ialah Touareg 3.0TSI V6 R-Line 4MOTION baharu dan Arteon 2.0TSI R-Line 4MOTION.
Pelanggan hadir di Malaysia Autoshow akan menerima lebih banyak ganjaran kerana Volkswagen kini menawarkan promosi istimewa iaitu penjimatan sehingga RM36,000. Mereka yang membeli Arteon juga akan menikmati penyelenggaraan percuma selama tujuh tahun.
Bukan itu sahaja, sesiapa yang menempah mana-mana model Volkswagen pada acara Malaysia Autoshow berpeluang untuk memenangi percutian mewah yang ditanggung sepenuhnya untuk dua orang ke The Banjaran Hotsprings Retreat di Ipoh, Perak. Promosi ini juga ditawarkan ke seluruh negara sehingga 31 Mei 2024.