WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA) pengedar tunggal jenama kenderaan elektrik (EV) GAC AION melancarkan model GAC AION Y Plus 2024.
Jentera itu ditawarkan dengan dua varian iaitu varian Elite dan Premium yang masing-masing dijual bermula RM119,800 dan RM135,800.
Menggunakan Magazine Battery Safety Technology yang menjadikan pertama di dunia tanpa sebarang insiden penyalaan atau letupan, menjadikannya teknologi bateri paling selamat di dunia sekarang.
Bateri Magazine itu mempunyai kapasiti 63.2kWH dengan output maksimum 150kW, GAC AION Y PLUS dijangka mempunyai jarak perjalanan sejauh 490km (NEDC) atau 430km (WLTP).
Kedua-dua varian berkongsi motor-e yang dipasang di hadapan berkapasiti 204 PS dan 225 NM yang memacu roda depan. Kuasa pecutan 0-100 km/j dalam 8.5 saat.
Ia mempunyai pilihan empat mod pemanduan yang boleh dipilih termasuk mod pemanduan pedal tunggal ‘i-Pedal’.
Menampilkan reka bentuk menarik yang diserlahkan oleh lampu depan Angel Wing yang unik dengan 7 bar cahaya mendatar, mencipta penampilan tersendiri.
Ia juga hadir pemegang pintu yang boleh dilipat, sunroof panoramik, serta rim aloi 17 inci (Elite) dan 18 inci (Premium).
Untuk pasaran Malaysia, GAC AION Y Plus tersedia dalam tujuh pilihan warna luaran dan lima pilihan warna dalaman yang menarik.
Ruang dalaman untuk GAC Aion Y Plus hadir ciri standard membabitkan instrumen digital 10.25 inci, skrin infotainmen sentuh 14.6 inci, tempat duduk pemandu boleh laras kuasa 6 hala dan stereng pelbagai fungsi yang dibalu kulit.
Varian Premium dilengkapi tempat duduk penumpang hadapan boleh laras kuasa, pengudaraan tempat duduk pemandu, pad pengecasan wayarles Qi serta pencahayaan ambien 32-warna.
Selain itu didatangkan dengan tempat duduk hadapan yang boleh berubah menjadi katil seluas 1.8 meter lebar. Ciri standard lain termasuklah sistem audio hi-fi Bongiovi 6-pembesar suara.
Khusus untuk model GAC AION Y Plus, WTCA menyediakan pakej jaminan dan selepas jualan yang komprehensif membabitkan:
- Jaminan Asas Kenderaan untuk 8 tahun atau 160,000km
- Jaminan bateri EV, motor penggerak dan kawalan elektrik 8 tahun atau 200,000km
Sempena pelancarannya di Malaysia Autoshow 2024, 200 tempahan pertama akan diberikan:
- Pemasangan Home Wallbox Charger 7kW percuma (bernilai RM3,500)
- Kredit cas JomCharge bernilai RM1,000 secara percuma