Cuaca terlampau panas, wanita ini siap goreng telur dadar atas jalan raya

213

Ketika India dilanda suhu panas melampau, tular di media sosial negara itu, gambar seorang wanita menggoreng telur dadar di atas jalan raya.

Portal DNA melaporkan, wanita memakai baju berwarna merah itu dilihat mencangkung di tepi jalan, membersihkan jalan itu dengan air.

Dia kemudian menggunakan penutup kepala untuk mengeringkan air itu.



Wanita itu kemudiannya menuang minyak dan menyapunya dengan tangan, sebelum memecahkan dua telur ke permukaan jalan yang panas terik.

Dia menggunakan senduk dan dengan cekap menterbalikkan telur dadar berkenaan.

Video itu meraih lebih lapan juta tontonan, namun rata-rata netizen melemparkan komen negatif.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by modi tejal (@tejalmodi454)

Ia juga mencetuskan pelbagai reaksi hingga menjadi bahan perdebatan di media sosial.

Tingkah laku melulu ini bukan sahaja membahayakan individu terbabit tetapi juga orang lain di jalan raya.

“Semua untuk keseronokan seketika untuk demi mengejar populari di media sosial,” kata seorang pengguna media sosial.

India kini sedang bergelut dengan gelombang panas yang teruk. Pakar memaklumkan perubahan iklim sebagai punca kejadian cuaca ekstrem ini.

Suhu terik membawa pelbagai kebimbangan kesihatan, termasuk keletihan, dehidrasi, dan strok haba.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here