John Cena ‘upgrade’ dari Honda Civic Type R FK8 ke FL5

489

Ia bukanlah satu rahsia yang John Cena merupakan peminat tegar Honda Civic Type R. Tahun lalu, bintang WWE yang juga merupakan pelakon itu mendedahkan yang dia menggunakan FK8 miliknya sebagai kenderaan harian.

Namun nampaknya ‘jodoh’ Cena dengan hot hatch itu tidak bertahan lama kerana menurutnya dalam satu ciapan di X, dia telah pun menggantikan FK8 tersebut dengan Civic Type R FL5 baharu.

“Hari yang sungguh luar biasa! Bawa Civic Type R ’21 saya untuk servis dan ternampak sebuah Honda Civic Type R ’24 dan serta merta jatuh cinta! Terima kasih kepada mereka di Wesley Chapel Honda untuk semua pertolongan dan lebih lagi kuasa kuda! Kepada yang bertanya.. ya Civic Boost Blue ’21 saya kini berada di sana dan sedang mencari pemilik baru,” kata Cena.



Berdasarkan gambar yang dimuat naik oleh Cena, dia memilih unit berwarna Championship White iaitu warna yang dilihat lebih sinonim dengan Type R.

Senyuman yang dilontarkan Cena cukup lebar kerana jentera terbarunya itu lebih berkuasa berbanding sebelum ini, dengan 319 PS dan 420 Nm yang dibekalkan oleh enjin 2.0 liter VTEC Turbo yang dinaik taraf.

Dengan transmisi enam kelajuan yang memacu roda depan, ia boleh memecut dalam masa 5.5 saat sahaja dan mencapai kelajuan maksimum 272 km/j.

Untuk pengetahuan, hubungan Cena dan Honda terjalin secara rasmi sejak Oktober 2020 lagi apabila dia dilantik sebagai duta jenama itu.

Sebagai sebahagian daripada pelantikan itu, dia membuat alih suara untuk beberapa buah iklan Honda yang melibatkan dirinya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here