Volkswagen dedah teaser EV mampu milik, harga bawah RM101 ribu?

172

Biarpun kebanyakan pengeluar kini berdepan kesukaran, ia tidak menghalang Volkswagen daripada meneruskan perancangan untuk melancarkan model kenderaan elektrik (EV) berharga bawah €20,000 (RM101,887).

Buat masa ini, perincian bagi model EV aras mula itu masih lagi belum didedahkan.

Namun, syarikat itu mengesahkan barisan Lembaga Pengarah telah bersetuju untuk melancar dan memperkenalkan projek mobiliti elektrik aras mula itu kepada umum pada tahun 2027, dengan julat harga sekitar €20,000 untuk pasaran Eropah.



Imej acah yang dibekalkan itu memperlihatkan bentuk badan hatchback EV yang futuristik, menggandingkan imej ID.3 dan juga e-Up.

Selain garis bumbung yang lembut melengkung, model baharu itu juga membawakan rekaan gerbang roda yang lebih bulat, serta rekaan bahagian belakang yang berlekuk.

CEO Kumpulan VW, Oliver Blume berkata, “Banyak generasi mengaitkan jenama kukuh Volkswagen Group dengan kereta pertama mereka – dan mobiliti yang mampu milik.

“Sebagai sebuah kumpulan dengan jenama yang kuat, kami akan terus memikul tanggungjawab sosial ini sehingga ke hari ini. Itulah sebabnya saya amat gembira kerana kami melancarkan projek berorientasikan masa depan – mobiliti elektrik aras mula dari Eropah untuk Eropah.

Kenyataan beliau turut diulang semula oleh CEO jenama VW, Thomas Schäfer,

“Untuk memastikan elektromobiliti yang lebih meluas, kenderaan yang menarik adalah diperlukan, terutama untuk segmen permulaan.

“Janji jenama kami: elektromobiliti untuk semua. Biarpun dengan harga yang kompetitif, EV kami akan menetapkan satu tanda aras untuk segmen aras mula dari segi teknologi, rekaan, kualiti dan pengalaman pelanggan.

Sebelum model EV tersebut muncul, VW merancang untuk melancarkan sebuah kereta keluarga urban elektrik (ID.2all) menjelang akhir 2025, terdiri daripada sebuah kereta kompak dan crossover, serta model SUV jenama Skoda dan kereta jenama Cupra.

Kesemua empat model itu akan dipasang di Sepanyol dengan anggaran harga jualan di bawah €25,000 (RM127 ribu).

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here