Tesla Cybertruck rempuh orang ramai setelah cubaan aksi donut tidak menjadi

144

Selalunya insiden rempuh orang ramai ini banyak dikaitkan dengan kereta-kereta muscle seperti Ford Mustang atau Chevrolet Camaro.

Entah kenapa kali ini ‘peranan’ tersebut cuba diambil alih oleh sebuah trak pikap buatan Amerika – Tesla Cybertruck.

Berdasarkan video yang dimuat naik menerusi akaun Instagram 773davo, sebuah Tesla Cybertruck dilapor merempuh orang ramai setelah cubaan untuk melakukan aksi donut  tidak menjadi.



 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by YouTube “DAVO” (@773davo)

Dalam kejadian yang berlaku di Chicago, sebuah Cybertruck berwarna tembaga gelap itu berada di tengah-tengah sekumpulan manusia yang ghairah mahu menyaksikan aksi-aksi aneh yang bakal diperlihatkan oleh trak pikap bersegi itu.

Pemandu trak tersebut kemudian mengundurkan trak pikapnya dalam cubaan pelik untuk melakukan aksi donut, namun trak seberat 3 tan itu tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh sekumpulan manusia.

Besar kemungkinan pemandu tidak dapat mengagak jarak  dan objek yang berada di luar kenderaan berdasarkan fakta di mana terdapat dua orang manusia yang sedang bertenggek di bahagian tingkap.

Mujur juga pelanggaran itu berlaku dalam kelajuan yang rendah, dan rekaan bersegi trak itu tidak mendatangkan kecederaan serius kepada mangsa yang terlibat. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here