Selepas pengujian semula, semua model Perodua dan Toyota patuh piawaian keselamatan UN

155

Semua model Perodua dan Toyota mematuhi sepenuhnya piawaian keselamatan Peraturan United Nation (UN) selepas melakukan pengujian semula kenderaan pada jenama berkenaan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dipetik Sinar Harian berkata, kedua-dua jenama berkenaan disahkan mengikut spesifikasi yang ditetapkan di bawah prosedur Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) semasa.

Menurutnya, bagi memastikan ketelusan dan keterbukaan, semua laporan pengujian semula tersebut dipaparkan kepada umum menerusi laman sesawang JPJ di https://bit.lv/JPJDaihatsu.



“Pihak JPJ akan meneruskan pemantauan secara tegas ke atas kedua-dua pengeluar kenderaan tersebut serta pihak Daihatsu Motor Corporation (DMC) bagi memastikan mereka telah melaksanakan tindakan penambahbaikan yang telah ditetapkan

“Antara penambahbaikkan terbabit adalah pengemaskinian tatacara pelaporan pengujian dalaman dan pelaksanaan aktiviti pematuhan pembuatan secara berkala melibatkan pihak berkuasa iaitu JPJ secara berkala,” katanya pada sidang akhbar di Bangunan MOT, semalam.

Sebelum ini berlaku insiden ketidakaturan prosedur pengujian keselamatan kenderaan pihak DMC Japan, menyebabkan MOT mengarahkan pengujian semula dilaksanakan membabitkan dua jenama berkenaan dengan DMC Japan membabitkan enam pematuhan Peraturan UN.

 

Skop Peraturan UN yang terbabit bagi tujuan pengujian semula kereta berkenaan membabitkan:

  • Door latches
  • Door retention component
  • Pedestrian protection
  • Seats anchorage
  • Seat-head restraints
  • Brake system
  • Frontalimpact dan side impact

Bagi model Perodua enam model terbabit:

  • Axia (generasi pertama)
  • Axia (generasi kedua)
  • Alza (generasi kedua)
  • Aruz
  • Ativa
  • Bezza
  • Myvi

Bagi Toyota pula, terdapat tiga model kenderaan yang membabitkan: 

  • Rush
  • Vios
  • Veloz

Dianggarkan sejumlah 1.7 juta unit kenderaan bagi kedua-dua pembuat kenderaan terbabit dengan isu itu di dalam pasaran Malaysia

Sesi pengujian semula kenderaan itu dilaksanakan sepenuhnya pada Mac lalu oleh pihak Technical Services (TS) yang diiktiraf oleh World Forum Harmonization of Vehicle Regulation (WP29) menerusi rangka kerja United Nations Type Approval.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here