Beg udara Takata: Nissan arah henti pandu model Sentra, Pathfinder, Infiniti QX4

111

Di Amerika Syarikat, pengeluar automotif Nissan telah mengeluarkan amaran kepada para pemilik supaya berhenti daripada memandu model-model berusia 20 tahun disebabkan oleh masalah beg udara Takata yang masih belum ditukar ganti.

Arahan ini melibatkan kira-kira 84,000 unit kenderaan daripada 736,000 unit yang asalnya dipanggil semula untuk penukaran semula beg udara Takata, terdiri daripada model Nissan Sentra 2002-2006, Nissan Pathfinder 2002-2004, dan Infiniti QX4 2002-2003.

Para pemilik dinasihatkan supaya tidak lagi memandu kenderaan tersebut, dan terus membuat temu janji untuk penukaran unit beg udara secara percuma.



 

 

Dalam kes ini, bahan propelan ammonium nitrate yang digunakan boleh rosak dari semasa ke semasa apabila terdedah kepada perubahan suhu jangka panjang.

Semasa beg udara meletus, peledak tersebut mampu melancarkan serpihan yang berbahaya ke dalam kabin, sekaligus menyebabkan kecederaan kepada pemandu dan penumpang.

Keadaan ini amat berbahaya, terutama kereta-kereta yang telah berusia.

Setakat ini, masalah peledak beg udara Takata telah mengorbankan 27 orang mangsa di Amerika Syarikat, termasuklah seorang yang maut ketika memandu sebuah Nissan Sentra 2006.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here