Ford Ranger StormTrak Edisi Terhad, 200 unit sahaja, harga RM181,888

136

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia, melancarkan Ford Ranger StormTrak Edisi Terhad versi yang dinaik taraf daripada model Ranger WildTrak.

Sempena pelancaran model baharu ini, SDAC membuka tempahan dalam talian menerusi shop.sdacford.com.my yang membolehkan pelanggan menempah semua model Ranger dan Everest di dalam talian. Malah Ranger StormTrak disediakan secara eksklusif di dalam talian, dengan hanya 200 unit ditawarkan. 

Menggabungkan keupayaan lasak, ciri premium dan teknologi tiada tandingan, Ranger StormTrak dicipta bagi memenuhi keperluan pelbagai gaya hidup untuk mereka yang berani dan suka pengembaraan. 



Ford Ranger StormTrak Edisi Terhad berbeza di bahagian luaran membabitkan:

  • Skim StormTrak dengan bahagian luar dan dalam yang unik
  • Roda 20 inci dengan cat Hitam Asfalt matte dan sisipan roda Merah Race
  • Gril dan bampar Skim StormTrak 

Perbezaan bahagian dalaman seperti

  • Papan pemuka yang dihiasi jahitan Merah Race,
  • Kerusi yang memaparkan Logo StormTrak jahitan Merah Race
  • Sisipan suede Miko®

Untuk meningkatkan fungsinya, Ford Ranger StormTrak Edisi Terhad dilengkapi beberapa ciri yang pertama kali diperkenalkan dalam kelasnya, yang direka untuk pengembaraan antaranya:

  • Lampu Sokongan untuk menerangi jalan lasak yang gelap
  • Pencahayaan Zon untuk mencerahkan lagi ruang di sekeliling kereta
  • Lampu kargo untuk memudahkan proses memuatkan dan memunggah barang

Inovasi Ranger StormTrak diteruskan dengan Sistem Rak Fleksibel dan Rel Bumbung Boleh Ayun Posisi, membolehkan pelarasan palang dilakukan dengan satu tangan, sambil menyokong pelbagai jenis muatan sehingga 80 kilogram (dinamik) dan 250 kilogram (statik), ini amat sesuai dan praktikal untuk memenuhi keperluan kembara dan kerja.

Masih menggunakan enjin Bi-Turbo  2.0L mampu menyalurkan 210PS dengan tork setinggi 500Nm. Kenderaan ini juga dilengkapi teknologi canggih seperti Penukar Gear Elektronik dengan transmisi automatik 10 kelajuan, Tekanan Brek Auto dan Bantuan Letak Kereta Aktif 2.0, dimana ciri-ciri yang turut disediakan dalam Ranger Raptor dan Everest Titanium. 

Ford Ranger StormTrak Edisi Terhad dijual pada harga daripada RM181,888 (di jalan raya, tanpa insurans) di Semenanjung Malaysia, RM188,288 (di jalan raya tanpa insurans) di Sabah, RM188,288 (di jalan raya tanpa insurans) di Sarawak.

Kenderaan ini ditawarkan dalam tiga warna luar: 

  • Putih Artik
  • Kelabu Meteor
  • Hitam Mutlak

GALERI GAMBAR

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here