Memberangsangkan! 22,440 peserta menyertai Pertandingan Menamakan Jenama PROTON EV

973

PRO-NET mengumumkan panggilan terakhir untuk menyertai Pertandingan Menamakan Jenama PROTON EV yang semakin ke penghujung. 

Dengan hanya tinggal enam hari lagi sebelum pertandingan ini berakhir pada 5 Jun 2024, rakyat Malaysia di gesa untuk mengambil peluang ini dalam melakar sejarah baru untuk industri automotif negara.

Sehingga kini, PRO-NET menerima lebih daripada 22,440 penyertaan dari seluruh Malaysia. Respon dalam pertandingan itu sungguh memberangsangkan dengan jumlah penyertaan yang terus meningkat dan menunjukkan sokongan dan harapan besar rakyat terhadap PROTON ke arah mobiliti elektrik.



Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, respon yang luar biasa terhadap Pertandingan Menamakan Jenama PROTON EV adalah bukti semangat dan keterujaan yang dikongsi oleh rakyat Malaysia.

“Dengan tarikh tutup yang semakin hampir, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta dan bagi mereka yang masih belum menyertai, inilah peluang keemasan anda untuk menajdi sebahagian daripada sejarah baru untuk industri automotif negara,” katanya.

Jangan lepaskan peluang anda untuk menjadi sebahagian daripada detik bersejarah ini. 

Anda boleh menghantar penyertaan sebelum 5 Jun 2024, jam 11.59 malam di Pertandingan Menamakan Jenama PROTON EV dan menjadi pelopor dalam evolusi kecemerlangan automotif Malaysia. 

Untuk maklumat lanjut, ikuti ProtonCarsOfficial di Facebook atau @protoncars di Instagram.

1 KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here