Volkswagen Golf GTI Clubsport boleh cecah kelajuan maksimum 267 km/j

143

Volkswagen telah memperkenalkan hot hatch terbaru mereka iaitu Golf GTI Clubsport dalam satu acara di perlumbaan 24 Jam Nurburgring.

Model ini dibangunkan berasaskan GTI facelift (Mk8.5) yang diperkenalkan awal tahun ini, bermakna ia mempunyai lampu yang lebih langsing dan logo VW bercahaya yang sama seperti versi standard itu.



Walau bagaimanapun, sebagai varian lebih berkuasa, rekaan bampar GTI Clubsport jelas lebih agresif dan spoiler-nya juga lebih besar.

Ia didatangkan secara standard dengan rim 19 inci Queenstown namun Volkswagen turut menawarkan rim Warmenau dalam saiz yang sama, dengan berat 8 kg setiap satu.

Selain itu, pelanggan juga boleh mendapatkan sistem ekzos Akrapovic yang merupakan sebahagian daripada Race Package.

Seperti GTI juga, jentera ini mendapat stereng multifungsi baharu dengan butang fizikal dan sistem infotainmen baharu yang lebih intuitif berserta ciri bantuan suara IDA dengan integrasi ChatGPT.

Enjin EA888 2.0 liter empat silindernya tidak diberikan sebarang naik taraf, dengan kuasa dan tork kekal pada 300 PS dan 400 Nm. Biar pun begitu, GTI Clubsport masih memegang status sebagai model GTI paling berkuasa.

Dibantu transmisi DSG tujuh kelajuan, ia boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 5.6 saat. Kelajuan maksimum dihadkan secara elektronik pada 250 km/j namun dengan Race Package, ia boleh mencapai 267 km/j.

 

Di samping Vehicle Dynamics Manager, GTI Clubsport dilengkapi dengan profil Special khusus untuk mereka yang ingin menakluk litar Nurburgring. Bagaimanapun, sistem kawalan casis adaptif atau DCC ditawarkan sebagai opsyen.

Harga tidak dinyatakan namun seperti sebelum ini, GTI Clubsport dijangka dijual di pasaran Eropah sahaja.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here