Hyundai Ioniq 5 N Time Attack Spec sasar pecah rekod Pikes Peak

205

Tahun ini, Hyundai akan menyertai perlumbaan Pikes Peak International Hill Climb dengan empat unit Ioniq 5 N. Dua daripadanya boleh dikatakan hampir standard, manakala dua lagi dimodifikasi secara menyeluruh bagi tujuan memecah rekod.

Dikenali sebagai Ioniq 5 N TA (Time Attack) Spec, jentera ini tampil berbeza dengan livery lebih berwarna-warni serta kit aerodinamik agresif yang merangkumi dapra dan skirting yang lebih lebar, serta spoiler gergasi pada bahagian belakang.



Ia dipakaikan rim tempaan berukuran 18 inci bersama tayar slick Yokohama Advan 005. Berselindung di sebalik rim tersebut adalah sistem brek motorsport dengan angkup enam omboh di hadapan dan empat piston di belakang.

Selain itu, ruang kabin ‘dikosongkan’ bagi memberi ruang kepada tempat duduk Recaro Pro Racer SPA Hans, abah-abah keselamatan enam poin Sabelt, roll cage spesifikasi PPIHC dan sistem pemadam kebakaran.

Untuk kuasa, ia masih menggunakan trenkuasa elektrik yang sama seperti versi produksi namun kuasa dipertingkatkan sebanyak 37 hp, menjadikan kuasa terkini sebanyak 678 hp.

Casis pula dinaik taraf menerusi peredam boleh laras tiga-hal dan camber boleh laras. Bukan itu sahaja, bunyi dari sistem N Active Sound+ kini menjadi lebih kuat dengan pembesar suara baharu yang dikatakan boleh menjana bunyi sehingga 120 decibel (dB).

Ioniq 5 N TA Spec akan dipandu oleh Robin Shute, juara empat kali Pikes Peak dan pemegang geleran ‘King of the Mountain’, dan Dani Sordo, pemandu World Rally Championship untuk Hyundai Motorsport.

Sementara itu, Ioniq 5 N versi produksi pula akan dikemudi oleh Paul Dallenbach, juara 11 kali Pikes Peak, dan pelumba rookie yang juga seorang personaliti media automotif iaitu Ron Zaras.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here