Nissan tidak berminat bangunkan enjin pembakaran dalaman baharu

314

Nissan dalam satu langkah terbaharu memutuskan untuk tidak lagi melaburkan wang bagi membangunkan enjin pembakaran dalaman generasi baharu.

Francois Bailly selaku Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Perancang untuk rantau Afrika, Timur Tengah, India, Eropah dan Oceania (AMIEO) memaklumkan hala tuju Nissan tersebut dalam satu temu bual bersama penerbitan Australia Drive, baru-baru ini.

 



“Masa depan (Nissan) ialah EV. Kami tidak lagi mahu melabur untuk menghasilkan unit rangkaian kuasa baharu untuk ICE, itu sudah pasti.

Beliau menambah, peralihan daripada kereta berenjin konvensional kepada model berkuasa elektrik penuh akan dilakukan menerusi teknologi e-Power.

“e-Power merupakan satu batu loncatan untuk ke arah itu, dan setiap pasaran akan bergerak mengikut rentak masing-masing,” tambahnya lagi.

 

Tidak seperti sistem hibrid konvensional, teknologi e-Power yang dibawakan oleh Nissan menggunakan peranan enjin pembakaran dalaman sebagai unit penjana kuasa untuk motor elektrik dan mengecas bateri, dan tidak dihubungkan secara terus kepada roda.

Konsep yang sama turut digunakan oleh Mazda menerusi model MX-30 e-Skyactiv R-EV.

 

Berbeza dengan pendekatan Nissan, tiga lagi pengeluar Jepun iaitu Toyota, Mazda dan Subaru masih lagi percaya akan peranan yang dibawakan oleh ICE untuk mencapai sasaran neutral karbon pada masa akan datang.

Tiga pengeluar itu baru-baru ini telah membentuk satu pakatan untuk membangunkan tiga jenis enjin pembakaran dalaman neutral karbon, di mana Toyota akan menumpukan perhatian pada enjin empat silinder sebaris, manakala Mazda pula dengan enjin rotarinya.

Subaru pula masih setia dengan enjin bentangan mendatar (boxer), di mana enjin tersebut akan dipadankan dengan tetapan hibrid serba baharu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here