Volvo pengeluar pertama perkenal passport khas untuk bateri EV

72

Volvo merupakan pengeluar automotif pertama di dunia yang memperkenalkan sistem passport khas untuk bateri SUV elektrik EX90 yang dipasang di South Carolina.

Dokumen rasmi itu akan merekodkan segala maklumat penting seperti asal-usul bahan mentah yang digunakan, kandungan bahan kitar semula, serta pengiraan nilai jejak karbon sesebuah pek bateri.

Passport ini juga akan memaparkan info berkenaan tahap kesihatan pek bateri, di mana info ini sangat berguna untuk mengelakkan sebarang penipuan kepada para pembeli terutama apabila sesebuah EV itu memasuki pasaran kenderaan terpakai.



 

Segala info asas boleh diakses daripada passport itu menerusi imbasan kod QR pada pintu sebelah pemandu, sementara info yang lebih terperinci pula hanya boleh diakses oleh pihak berkuasa dan pihak pengedar.

Menurut laporan Reuters, sistem dokumentasi untuk pek bateri ini akan diwajibkan pelaksanaannya di Eropah pada Februari 2027.

Selain daripada Volvo EX90, sistem passport bateri ini akan diperluaskan kepada semua barisan model EV Volvo, dengan penambahan kos sekitar $10 sahaja (RM47).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here