Anthony Loke: Kerajaan akan perkenal bingkai nombor plat khas untuk EV

89

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan bahawa kerajaan akan memperkenalkan bingkai nombor plat khas untuk membezakan kenderaan elektrik (EV) dengan kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE).

Menurut Loke, bingkai khas itu akan dikeluarkan oleh pengeluar kenderaan dan dipasang terus pada kenderaan.

Kita akan memperkenalkan plat khas, bukan nombor (pendaftaran kenderaan) untuk membezakan antara EV dan ICE tidak lama lagi.



Plat berkenaan akan dikeluarkan oleh syarikat kenderaan masing-masing, jadi kami akan bekerjasama dengan mereka mengenai bahan yang akan digunakan dan sebagainya. Saya tidak mahu umumkan hari ini, sila tunggu butirannya,” katanya.

Sebelum ini, Loke berkata plat lesen unik berguna untuk tujuan pengenalan, keselamatan dan memudahkan operasi menyelamat sekiranya berlaku insiden.

Jelas beliau, pasukan penyelamat khususnya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berdepan kesukaran membezakan antara EV dan kenderaan biasa berdasarkan penampilan semata-mata.

Sementara itu, Loke berkata kerajaan tidak merancang untuk mengurangkan kadar cukai jalan bagi kenderaan ICE, berikutan pengenalan fi Lesen Kenderaan Bermotor (LKM) untuk EV.

Beliau berkata ini memandangkan kadar LKM sedia ada sudah rendah dan berpatutan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here