Toyota Corolla FX Special Edition, sedan sporti dengan ilham daripada hot hatch FX16 1987

99

Toyota Amerika Syarikat telah mengemaskini penawaran model Corolla untuk tahun 2025 dengan memperkenalkan varian edisi khas Corolla FX Special Edition.

Untuk info, FX merupakan moniker yang pernah digunakan oleh Toyota untuk model hot hatch pacuan depan yang wujud lewat 80-an, iaitu Corolla FX16 1987.

 



Corolla FX16 1987. sumber: Cars & Bid

Corolla FX Special Edition ini masih lagi kekal dengan konfigurasi pacuan roda hadapan, namun dengan tetapan casis yang lebih sporti.

Antara penambahan yang dibuat pada luaran Corolla FX Special Edition ini ialah penggunaan rim bersaiz 18 inci, spoiler belakang, serta penggunaan bampar yang lebih agresif.

 

Terdapat tiga warna eksklusif ditawarkan iaitu Midnight Black Metallic, Ice Cap dan Underground yang dikemaskan dengan warna hitam pada bahagian bumbung, perumah cermin sisi dan lencana.

Untuk ruang kabin, Toyota telah menggantikan skrin infohibur bersaiz 8 inci kepada unit yang lebih besar, kini bersaiz 10.5 inci yang didatangkan sebagai ciri standard, diikuti skrin kluster digital 7 inci, pad pengecasan nirwayar dan kelengkapan ADAS Toyota Safety Sense 3.0.

 

Enjin masih lagi standard tanpa sebarang talaan, di mana nadi 2.0 liter itu mampu menjana kuasa setinggi 169 hp dan 205 Nm yang dipadankan dengan kotak gear CVT. 
 
Namun begitu, Toyota telah menala semula aspek pengendalian dengan memadankan spring yang lebih rendah diikuti tetapan yang berbeza untuk sistem stereng elektrik.
 

Sayang sekali, model istimewa ini hanya akan ditawarkan di pasaran Amerika Syarikat sahaja.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here