Ford panggil semula Mustang 2024, risiko terbakar akibat kebocoran bendalir klac

116

Ford mengumumkan kempen panggil semula melibatkan 8,161 unit Ford Mustang model tahun 2024 di Amerika Syarikat disebabkan oleh masalah kebocoran bendalir klac pada model bertransmisi manual.

Menurut laporan, kesemua kenderaan yang terjejas didapati tidak mempunyai pemasangan barrel nut yang sempurna bagi memastikan salur tekanan klac duduk diam pada dinding firewall.

 



Sekiranya saluran tersebut tersentuh pada komponen ekzos yang panas, ia boleh jadi cair dan kebocoran bendalir klac tersebut mampu menghalang pemilik daripada melakukan penukaran gear.

Lebih memburukkan keadaan, enjin mungkin akan berhenti beroperasi yang dapat meningkatkan risiko pelanggaran, sementara kebocoran bendalir ini mampu meninggikan risiko kebakaran.

 

Masalah ini mula dikesan pada 30 April 2024 apabila Ford menerima dua laporan berkenaan isu kebakaran melibatkan model Mustang 2024 bertransmisi manual.

Buat masa ini tiada sebarang insiden kecederaan atau kemalangan melibatkan isu tersebut.

Ford dilapor akan mula menghubungi para pemilik pada 17 Jun ini, di mana mereka akan diminta untuk menghantar kenderaan masing-masing untuk menjalani proses pemeriksaan, pembaikan atau penggantian sekiranya diperlukan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here