Ferrari jamin EV pertama akan hasilkan bunyi yang tulen

233

Dengan adanya bantuan teknologi penghasilan bunyi dan gegaran, sesebuah kenderaan elektrik moden kini tidak lagi mempunyai perangai tipikal EV yang senyap dan bosan untuk dipandu.

Lihat sahaja pada model hot hatch seperti Hyundai Ioniq 5 N, ia kini mempunyai tetapan bunyi bising enjin dan gegaran akibat ‘penukaran gear’ yang disimulasikan.

Jenama kuda terkemuka, Ferrari dilapor bakal menghasilkan sebuah supercar sifar emisi menjelang akhir tahun 2025, dan ia juga disahkan tidak akan menjadi sebuah supercar yang senyap.



Bercakap kepada penerbitan Australia Drive, Pengarah Pemasaran Produk dan
Perisikan Pemasaran Ferrari Emanuele Carando mendedahkan, “(bunyi) yang dihasilkan itu sentiasa tulen dalam Ferrari.”

 

 

Tambahnya, “ia akan menjadi sebuah Ferrari yang sejati” tanpa memperincikan jenis bunyi yang akan dihasilkan daripada supercar elektrik tersebut, selain mampu menyampaikan “emosi yang berbeza” berbanding barisan supercar sedia ada.

Dalam pada itu, Ferrari tetap mahu menghasilkan enjin pembakaran dalaman bentangan V12 selama mungkin.

Dalam satu temubual bersama penerbitan Car Expert, Emanuele menegaskan, “kami akan terus menghasilkan nadi V12 aspirasi semula jadi selagi undang-undang membenarkan.

“Kami berharap undang-undang masa depan akan terus memperlihatkan peluang, mungkin untuk jenis petrol baharu yang lebih lestari dan mampan.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here