Akhirnya Chery Auto Malaysia (CAM) secara rasmi melancarkan Chery Tiggo 7 Pro untuk pasaran tempatan selepas dibuka tempahan pada March lalu.
SUV lima tempat duduk itu dikhususkan kepada keluarga kecil yang mengutamakan keselamatan dan keselesaan serta golongan muda yang mahukan pengembaraan dan teknologi.
Karakter Tiggo 7 Pro lebih ke arah SUV konvensional dengan lebih tegak yang tampil dengan gril heksagon kemasan ala berlian.
Ada juga sirip biru pada corong pengambilan udara pada bahagian hadapan untuk membuatkannya lebih unik.
Lampu utama LED hadapan yang lebih nipis dengan disepadukan pada indikator jujukan, lampu nyalaan siang LED serta lampu belakang LED penuh.
Daripada segi dimensi, Chery Tiggo 7 Pro memiliki panjang 4,500mm, lebar (2,710mm) dan jarak roda 2,670mm.
Keselesaan pemanduan diserahkan kepada topang McPherson (depan) dan multilink independent (belakang) bersama rim bersaiz 18-inci.
Jentera itu adalah pesaingan Proton X70 dan ini ciri Tiggo 7 Pro yang terbaik anda perlu tahu:
- Menggunakan enjin 1.6 liter TGDi 4-silinder yang menghasilkan kuasa 197hp dan tork 290Nm dengan transmisi automatik dua klac 7-kelajuan bersama pacuan roda depan (2WD).
- Pecutan 0-100kmj mampu dicapai dalam tempoh 8.3 saat yang dipadankan dengan mod pemanduan Eco, Sport dan Normal.
- Di atas kertas, pesaing Proton X70 itu merekodkan kecekapan bahan api 7.0l/100km.
- Dilengkapi Teknologi terkini membabitkan bumbung suria, kawalan jauh penghidup enjin, enam peringkat pelarasan elektrik kerusi pemandu, empat peringkat pelarasan elektrik kerusi penumpang depan.
- Padanan dua skrin berkembar 24.6-inci sambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, 8-pembesar suara Sony serta kamera panorama 540 darjah definisi tinggi.
- Pengecas tanpa wayar 50W dengan sistem penyejukan aktif yang meminimumkan suhu panas telefon ketika pengecasan.
- Selain itu, Tiggo 7 Pro juga mempunyai ruang but berkapasiti 475 liter yang boleh dipertingkatkan hingga 1,672 liter sekiranya tempat duduk belakang dibaringkan.
Seperti mana Omoda 5 dan Tiggo 8 Pro, SUV baharu ini juga bakal dipasang tempatan (CKD) di kemudahan Chery yang didatangkan dengan pilihan warna badan membabitkan:
- Bloodstone Red dengan bumbung hitam
- Carbon Black, Vanilla Blue
- Khaki White dengan bumbung hitam
Demi ketenangan minda pemilik, Tiggo 7 Pro dilengkapi dengan Sistem Bantuan Pemandu 2.5 (ADAS 2.5) merangkumi :
- Front Collision Warning (FCW), Multi Collision Brake (MCB)
- Adaptive Cruise Control (ACC)
- Door Open Warning (DOW)
- Integrated Cruise Assist (ICA)
- Rear Collision Warning (RCW)
- Lane Departure Prevention (LDP), Lane Departure Warning (LDW), Lane Change Assist (LCA)
- Blind-spot Detection (BSD)
- Autonomous Emergency Braking (AEB)
- Traffic Jam Assistant (TJA)
- Rear Cross Traffic Braking (RCTB), Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
- Emergency Lane Keeping (ELK)
Harganya pula, ia dijual dengan harga pengenalan bermula RM119,800 untuk 2,000 unit pertama, manakala seterusnya ialah RM123,800.