Tawaran hebat buat pemilik Chery Tiggo 7 Pro, ini yang anda perlu tahu…

178

Chery Auto Malaysia (CAM) baharu sahaja melancarkan Chery Tiggo 7 Pro untuk pasaran tempatan yang dijual bermula RMXXXXXXXX

Apa yang membuatkan kenderaan ini lebih luar biasa, CAM menawarkan beberapa pakej menarik untuk pemilikan Chery Tiggo 7 Pro ini. 



Bagi harga pengenalan ia dijual bermula RM119,800 yang akan diberikan kepada 2,000 unit pertama. Selepas itu, ia dijual bermula RM123,800 untuk unit seterusnya.

Bagi memberi ketenangan minda untuk pemilikannya, Chery Tiggo 7 Pro ditawarkan pakej menarik membabitkan:

  1. Waranti tujuh tahun atau 150,000km
  2. Tunda tanpa had untuk tujuh tahun atau 150,000km
  3. Servis percuma selama lima tahun

Jentera itu adalah pesaingan Proton X70 dan ini ciri Tiggo 7 Pro yang terbaik anda perlu tahu:

  • Menggunakan enjin 1.6 liter TGDi 4-silinder yang menghasilkan kuasa 197hp dan tork 290Nm dengan transmisi automatik dua klac 7-kelajuan bersama pacuan roda depan (2WD).
  • Pecutan 0-100kmj mampu dicapai dalam tempoh 8.3 saat yang dipadankan dengan mod pemanduan Eco, Sport dan Normal.
  • Di atas kertas, pesaing Proton X70 itu merekodkan kecekapan bahan api 7.0l/100km.
  • Dilengkapi Teknologi terkini membabitkan bumbung suria, kawalan jauh penghidup enjin, enam peringkat pelarasan elektrik kerusi pemandu, empat peringkat pelarasan elektrik kerusi penumpang depan.
  • Padanan dua skrin berkembar 24.6-inci sambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, 8-pembesar suara Sony serta kamera panorama 540 darjah definisi tinggi.
  • Pengecas tanpa wayar 50W dengan sistem penyejukan aktif yang meminimumkan suhu panas telefon ketika pengecasan.
  • Selain itu, Tiggo 7 Pro juga mempunyai ruang but berkapasiti 475 liter yang boleh dipertingkatkan hingga 1,672 liter sekiranya tempat duduk belakang dibaringkan.

Seperti mana Omoda 5 dan Tiggo 8 Pro, SUV baharu ini juga bakal dipasang tempatan (CKD) di kemudahan Chery yang didatangkan dengan pilihan warna badan membabitkan: 

  • Bloodstone Red dengan bumbung hitam
  • Carbon Black, Vanilla Blue
  • Khaki White dengan bumbung hitam

Tiggo 7 Pro dilengkapi dengan Sistem Bantuan Pemandu 2.5 (ADAS 2.5) merangkumi :

  • Front Collision Warning (FCW), Multi Collision Brake (MCB)
  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Door Open Warning (DOW)
  • Integrated Cruise Assist (ICA)
  • Rear Collision Warning (RCW)
  • Lane Departure Prevention (LDP), Lane Departure Warning (LDW), Lane Change Assist (LCA)
  • Blind-spot Detection (BSD)
  • Autonomous Emergency Braking (AEB)
  • Traffic Jam Assistant (TJA)
  • Rear Cross Traffic Braking (RCTB), Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  • Emergency Lane Keeping (ELK) 

 

@motoqar Perghhh… Betul harga macam ni.. #motoqar ♬ original sound – Motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here