Toyota henti jual Grand Highlander, Lexus TX di US akibat masalah beg udara sisi

86

Toyota telah mengeluarkan arahan menghentikan jualan dua model SUV saiz besarnya, Grand Highlander dan Lexus TX di Amerika Syarikat pada 20 Jun 2024 yang lalu disebabkan oleh masalah beg udara.

Menurut Toyota, beg udara langsir sisi pada kedua-dua model SUV tersebut mungkin tidak meletus dalam kemalangan sekiranya tingkap sebelah pemandu diturunkan.

Beg udara tirai sisi ini terletak pada bahagian atas tingkap sebelah kepala pemandu yang direka untuk melindungi bahagian atas badan di dalam situasi kemalangan.



 

Kempen panggil semula ini melibatkan kira-kira 145,000 unit Grand Highlander dan Lexus TX model tahun 2024.

Kesemua pemilik Grand Highlander 2024 dan TX 2024 akan dihubungi oleh Toyota menjelang pertengahan Ogos ini.

Toyota Grand Highlander dan Lexus TX dibina di kilang Princeton, Indiana, dan untuk tahun pertama produksi Toyota telah berjaya menjual sebanyak 48,840 unit Grand Highlander diikuti 18,965 unit Lexus TX.

Kedua-dua model ini menggunakan enjin 2.4 liter turbo sebagai unit penjana asas, di mana model Grand Highlander Hybrid Max mampu menjana kuasa setinggi 362 hp, sementara Lexus TX versi plug-in hybrid (PHEV) pula mampu menghamburkan kuasa setinggi 406 hp.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here