Kawasaki Elektrode 20, e-bike untuk kanak-kanak, boleh main selama 3 jam

233

Kawasaki baru sahaja melancarkan model e-bike baharu Elektrode 20 yang direka khusus untuk golongan penunggang muda berusia lapan tahun dan ke atas.

Secara keseluruhan, Elektrode 20 membawakan rekaan yang diinspirasikan daripada siri dirt bike Kawasaki KX, dengan set roda bersaiz 20 inci dan tayar off-road.

 



Ia dikuasakan oleh motor elektrik dalam hab roda berkuasa 750W (1 hp) yang memacu roda belakang, menjanjikan pecutan pantas dan kelajuan sehingga 39 km/j.

Terdapat tiga mod kelajuan yang disertakan, iaitu Low (21 km/j), Mid (29 km/j) dan High (39 km/j).

 

Pek bateri lithium-ion yang terletak dalam rangka aluminium e-bike ini berkapasiti 514.1 Wh, dan mampu menawarkan operasi selama tiga jam sebelum ia perlu dicas semula.

Dengan menggunakan soket domestik, Elektrode 20 ini boleh dicas penuh selama empat jam.

Selain kerangka aluminium, Elektrode 20 dilengkapi dengan fork teleskopik hadapan 28 mm dengan jarak gerak roda sehingga 50 mm, diikuti brek cakera depan dan belakang sebesar 160 mm.

 

Sayang sekali, e-bike ini direka untuk penunggang yang mempunyai berat sehingga 60 kg sahaja, menjadikannya sangat sesuai untuk kanak-kanak dan remaja.

Kawasaki Elektrode 20 ini hanya ditawarkan secara eksklusif menerusi laman web rasmi Kawasaki, dengan harga jualan bermula dari $2,199 (RM10,366).

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here