Pusat BYD yang pertama buka di Hartamas Shopping Centre

154

Harmony Auto, kumpulan pengedar kenderaan terkemuka dari China melancarkan Pusat BYD yang pertama di Hartamas Shopping Centre.

Dengan keluasan ruang sekitar 8,000 kaki persegi, Pusat BYD itu menyediakan pelbagai kemudahan yang diwujudkan untuk memperkaya pengalaman pelanggannya.



Ia antara lain terdiri daripada ruang pamer kenderaan yang luas, ruang menunggu mewah untuk pelanggan, bilik rundingan khas serta ruang serahan kenderaan. 

Untuk lebih selesa, ruang menyambut pelanggan bagi urusan selepas jualan menggabungkan reka bentuk moden dengan proses servis khusus untuk setiap pelanggan yang bersambung terus dari tempat letak kereta pusat beli-belah.

 

Terdapat enam tempat letak kereta turut tersedia di luar, dengan setiap satunya dilengkapi empat pengecas untuk dimanfaatkan oleh pemilik BYD. 

Dengan pelan reka bentuk yang teliti, pusat ini bukan sahaja memudahkan capaian pelanggan, tetapi turut mencerminkan kesungguhan BYD terhadap penyelesaian mobiliti mapan.

Pengurus Besar BYD Asia-Pasifik, Liang Xinyue berkata, pembukaan Pusat BYD Hartamas di Hartamas Shopping Centre bukan sahaja membawa aura segar ke pasaran Malaysia, tetapi turut menyuntik momentum baharu dalam memperkenalkan mobiliti hijau di Malaysia.

Menurutnya, lokasi itu sesuai kerana ia menawarkan kemudahan untuk memiliki produk BYD sekali gus urusan servis kereta pelanggan. 

Sebagai peneraju global bagi kenderaan tenaga baharu, BYD berdedikasi untuk menyediakan penyelesaian mobiliti hijau termaju di seluruh dunia. 

Dengan sokongan dasar kerajaan yang menggalakkan, pasaran kenderaan tenaga baharu di Malaysia mempunyai potensi yang cukup besar. Oleh itu, kerjasama dengan Harmony Auto akan membantu mempopularkan kenderaan tenaga baharu di Malaysia yang sejajar dengan matlamat negara untuk pengangkutan mapan.

Ketika ini BYD di Malaysia menjual: 

  • BYD Atto 3
  • BYD Dolphin
  • BYD Seal

Sempena perasmiannya, Harmony Auto turut menyerahkan 10 unit BYD kepada pelanggan terbaharunya sebagai memenuhi janji penghantaran kereta dalam tempoh segera.

Langkah yang menerima pujian daripada pelanggan ini tidak hanya menujukkan keyakinan BYD terhadap produknya, tetapi juga terhadap pasaran Malaysia serta tindak balas pantasnya dalam memenuhi permintaan pengguna

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here