Tesla panggil semula Cybertruck akibat kegagalan motor wiper berfungsi

44

Salah satu ciri unik yang wujud pada Tesla Cybertruck ialah kehadiran komponen penyeka kaca (wiper) tunggal yang cukup besar untuk memastikan cermin hadapan bebas daripada sebarang kotoran.

Namun, ironinya kegagalan komponen itu untuk berfungsi dengan baik menyebabkan Tesla terpaksa memanggil semula kira-kira 11,688 unit Cybertruck yang dihasilkan antara 13 November 2023 hingga 6 Jun 2024.

 



sumber gambar: Teslarati

 

Menurut Tesla, masalah itu berpunca daripada kegagalan motor elektrik yang dikesan seawal Februari yang lalu, apabila Tesla Service mengenalpasti masalah tersebut pada beberapa unit Cybertruck.

Setelah 20 unit motor dianalisa, Tesla mendapati syarikat pembekal Tahap 2 telah melakukan ujian kefungsian dengan menggunakan arus yang berlebihan, menyebabkan kerosakan pada papan litar motor.

Selain daripada masalah motor wiper, Tesla Cybertruck yang dipanggil semula akan diperiksa bahagian trim bed luaran yang mungkin tidak dipasang dengan sempurna.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here