Honda, Mitsubishi bikin syarikat JV yang dapat kurangkan kos pemilikan EV di Jepun

178

Dua gergasi automotif Jepun, Honda dan Mitsubishi akan membentuk satu syarikat kerjasama (JV) 50:50 yang dinamakan sebagai ALTNA.

Syarikat baharu ALTNA ini akan menawarkan perkhidmatan mobiliti baharu yang dapat mengurangkan kos pemilikan EV menerusi perniagaan pajakan bateri EV menggunakan Honda N-VAN e: sebagai permulaan.

Sepanjang tempoh pajakan, ALTNA akan melakukan pemantauan dan analisa terhadap kadar penggunaan bateri untuk menambahbaik tahap kebolehpercayaannya.



 

 

Setelah tamat penggunaan automotif, pek bateri yang telah digunakan itu akan dipulihkan dan digunakan untuk perniagaan guna semula bateri, seperti contoh storan tenaga grid sebelum ia dikitar semula mengikut kaedah yang betul.

Selain daripada itu, ALTNA juga akan menawarkan pelan pengecasan EV yang dapat mengurangkan kos pengecasan yang tinggi bagi kebanyakan pengguna.

Sistem ini juga akan mengutamakan penggunaan lebihan tenaga hijau yang terdapat dalam grid kuasa semasa pengecasan dibuat.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here