Catat 28.61km/L Nissan Lightfoot Quest 2024: Perjalanan 203km dalam 3 jam pandu Nissan Almera 1.0L Turbo

28

Pemenang Nissan Lightfoot Quest 2024, Muhammad Nifail Basri dari Kuala Lunpur mencatat rekod kecekapan bahan api Nissan Almera 1.0L Turbo yang luar biasa sebanyak 28.61km/L, selepas melengkapkan perjalanan sejauh 203km dari Nissan 3S Flagship Store di Petaling Jaya, Selangor ke Ipoh, Perak, hanya menggunakan tujuh liter petrol untuk keseluruhan perjalanan.

Muhammad Nifail Basri dan pasangannya berjaya mengatasi 20 permilik Almera lain yang turut menyaksikan pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing mencapai bacaan penggunaan bahan api yang mengagumkan iaitu 27.31km/L dan 27.14km/L.



Ketua Pegawai Eksekutif Edaran Tan Chong Motor, Khoo Cheng Pah berkata, acara itu diadakan untuk mempamerkan kecekapan bahan api Nissan Almera 1.0L Turbo yang luar biasa.

“Almera Turbo bukan sahaja bergaya dan seronok dipandu, rangkaian kuasa pengecas turbonya yang berteknologi maju membolehkannya bertindak secara responsif dan berjimat dalam penggunaan harian.

“Memandangkan harga petrol yang dijangkakan naik dalam masa terdekat, Nissan Almera Turbo adalah pilihan yang lebih menarik dalam segmen B-sedan,” katanya.

Sejumlah 30 pasukan yang terdiri daripada 21 pemilik yang memandu Almera Turbo dan sembilan rakan media yang memandu kenderaan serupa yang disediakan oleh ETCM.

Acara itu bermula dari Nissan 3S Flagship Store di Petaling Jaya, Selangor dan tamat di Uniti Republic Café di Ipoh, Perak, dengan hentian di BHP Bandar Seri Botani, Ipoh. Disinilah kecekapan bahan api setiap kenderaan yang mengambil bahagian dijadualkan dan ditentusahkan. 

Untuk memastikan persaingan yang adil dan tahap kecekapan bahan api yang boleh dicapai dalam keadaan dunia sebenar, setiap Almera Turbo yang mengambil bahagian dikehendaki berada dalam keadaan asal, tidak diubah suai, mematuhi spesifikasi kilang dan dikeluarkan antara tahun 2020 hingga 2024.

Kenderaan yang mengambil bahagian perlu mengekalkan tempat duduk asal, kad pintu dan roda ganti di dalam but masing-masing. Selain itu, pemandu juga dikehendaki ditemani seorang penumpang yang berumur 18 tahun dan ke atas. 

Selain daripada mematuhi laluan yang ditetapkan, peserta juga dikehendaki melengkapkan cabaran dalam tempoh tiga jam.

Penutup bahan api setiap kenderaan akan ditampal dengan pelekat kalis kerosakan dan diperiksa sebelum kecekapan bahan api perjalanan dikira (berdasarkan kaedah tiga klik) di pam petro, stesen BHPetrol, Bandar Seri Botani, Ipoh. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here