Hyundai Inster tampil dengan rekaan ‘cute’ dan pelbagai teknologi terkini

101

Selepas menyiarkan teaser awal bulan ini, EV subkompak dari Korea Selatan iaitu Hyundai Inster kini diperkenalkan secara rasmi.

Inster akan dilancarkan di Korea dulu pada musim panas ini, diikuti dengan pasaran Eropah, Timur Tengah dan Asia Pasifik, sekali gus menjadikannya model global.



Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Inster secara asasnya adalah Casper versi elektrik. Malah di Korea Selatan, ia dikenali sebagai Casper Electric.

Walaupun mempunyai bentuk yang sama, model baharu ini sebenarnya sedikit lebih besar dengan ukuran panjang 3,825 mm (+230 mm), lebar 1,610 mm (+15 mm) dan tinggi 1,575 mm. 

Jarak tapak rodanya juga lebih panjang sebanyak 180 mm dengan ukuran 2,580 mm.

Selain saiz, Inster boleh dibezakan menerusi grafik piksel untuk lampu membelok dan lampu belakang, lampu projektor LED, kemasan hitam pada bampar dan skema warna dwi tona dengan bumbung hitam.

Tema piksel diteruskan di dalam iaitu pada bahagian tengah stereng, mengukuhkan lagi imej canggih yang dibawa oleh model ini.

Selain itu, terdapat skrin sentuh berukuran 10.25 inci, panel instrumen digital dalam saiz yang sama, pengecas tanpa wayar, pencahayaan ambien 64 warna, bumbung suria dan kunci digital NFC.

Dari segi praktikaliti, semua kerusi di dalam Inster boleh dilipat sepenuhnya, manakala kerusi barisan kedua boleh dilipat 50:50 dan ditolak ke depan untuk memaksimumkan kapasiti ruang but kepada 351 liter.

Pelanggan mempunyai dua varian untuk dipilih. Varian Standard didatangkan dengan bateri 42 kWj yang menawarkan jarak sejauh 300 km dengan satu cas penuh.

Dari segi prestasi, motor elektrik tunggal dengan 97 PS dan 147 Nm membolehkannya memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 11.7 saat dan mencapai kelajuan maksimum 140 km/j.

Varian Long Range pula dilengkapi dengan bateri 49 kWj dengan jarak 355 km. Dengan 115 PS dan tork yang sama, ia memerlukan 10.6 saat untuk mencapai kelajuan 100 km/j. Kelajuan maksimum varian ini lebih tinggi iaitu 150 km/j.

Dengan pengecasan AC 11 kW, bateri Inster boleh dicas sepenuhnya dalam masa 4 jam untuk varian Standard dan 4 jam 35 minit untuk varian Long Range.

Pengecasan DC dengan kapasiti sehingga 120 kW pula akan mengecas bateri dari 10 hingga 80 peratus dalam 30 minit pada kedua-dua varian.

Tidak cukup dengan itu, Inster didatangkan dengan ciri V2L yang boleh digunakan untuk mengecas pelbagai jenis perkakasan elektrik.

Model ini juga mempunyai sistem ADAS yang merangkumi pelbagai ciri termasuk Lane Keeping Assist, Lane Following Assist, Blind-Spot Collision-Avoidance Assist, Smart Cruise Control with Stop & Go, Parking Collision-Avoidance Assist Rear, Forward Collision-Avoidance Assist 1.5 dan Surround View Monitor.

Sistem parkir ADAS dengan Parking Distance Warning Front and Rear, serta Rear-View Monitor turut disertakan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here