Toyota Hyper-F Concept muncul di Bangkok Auto Salon 2024

26

Bertempat di Bangkok Auto Salon 2024, Toyota menerusi divisyen Toyota Customizing & Development (TCD Asia) telah mempamerkan sebuah SUV Fortuner yang telah diubahsuai dengan kit badan yang agak agresif.

Digelar sebagai Toyota Hyper-F Concept, Fortuner ini telah diberikan kit badan lebar serta susun atur kabin dengan empat tempat duduk.

 



Selain daripada kit badan lebar, Fortuner ini turut diberikan struktur jeriji yang besar, bukaan liang kemasukan yang lebih lebar, hud berliang serta splitter agresif pada bahagian depan.

Profil sisi Fortuner ini menampakkan penambahan fender lebar, rim aftermarket yang dibaluti tayar Dunlop, serta skirt sisi yang menjadi perumah kepada tip ekzos yang keluar pada bahagian kanan kenderaan.

 

Untuk bahagian belakang pula, Fortuner Hyper-F ini telah dipasangkan dengan diffuser yang agresif, serta penambahan komponen aerodinamik yang boleh didapati pada bahagian spoiler dan fender belakang.

Sayang sekali, spesifikasi teknikal Hyper-F ini masih lagi dirahsiakan oleh pengeluar, dan apa yang boleh diketahui ialah ia merupakan sebuah kereta konsep berprestasi tinggi dengan sistem suspensi yang telah direndahkan serta sistem brek yang dinaik taraf.

Di Thailand, anda masih boleh mendapatkan SUV ladder-frame Fortuner dalam varian GR Sport, di mana ia dikuasakan oleh nadi diesel turbo 2.8 liter berkuasa 221 hp dan 550 Nm, serta membawakan penampilan yang lebih sporti.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here