Ada Litar Suzuka mini di luar Jepun, khas untuk main go-kart

40

Litar Suzuka merupakan sebuah litar lumba sepanjang 5.807 km yang terletak di Bandar Suzuka, Wilayah Mie, Jepun.

Ia merupakan antara lokasi penting penganjuran sukan berprestij seperti Formula Satu, Japan GT serta perlumbaan endurans motosikal.

Namun tahukah anda, terdapat satu versi mini Litar Suzuka yang terletak di luar negara Jepun, atau lebih tepat lagi di Taiwan.



Kaohsiung-Suzuka Circuit Park yang terletak di Bandar Kaohsiung merupakan satu-satunya fasiliti di luar Jepun yang mendapat lesen rasmi daripada pengendali Litar Suzuka, iaitu Honda Mobilityland Corp.

Tumpuan utama yang wujud pada taman tema permotoran ini sudah pasti litar go-kart sepanjang 600 meter yang diinspirasikan daripada rekaan Litar Suzuka yang sebenar.

Walaupun saiznya 1/10 lebih kecil, litar go-kart itu tetap mempunyai ciri-ciri yang wujud pada Litar Suzuka, seperti selekoh sepit rambut, seksyen jalan lurus serta laluan jejantas.

Berdasarkan komen penonton di YouTube Kasual Karting (video dibawah), ada yang berpendapat litar Suzuka mini ini mempunyai dimensi trek yang agak lebar menjadikan pemanduan di beberapa seksyen yang berselekoh terlalu mudah dan tidak begitu mengujakan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here