Toyota GR Supra 2.0L sudah berkubur

712

Faktor jualan yang tidak memberangsangkan sepanjang tahun 2023 menyebabkan Toyota Amerika Syarikat membuat keputusan untuk menghentikan terus penawaran model GR Supra berenjin 2.0 liter.

Ini bermakna, jika anda kebetulan duduk di USA dan mahu membeli sebuah GR Supra serba baharu, anda hanya boleh mendapatkan GR Supra model tahun 2025 dengan enjin enam silinder sebaris sahaja.

Wakil jurucakap Toyota memberitahu laman Motor1, “Ya, (model) empat silinder tidak lagi akan ditawarkan dalam barisan model kami.”



 

Berdasarkan data sepanjang tahun 2023, Toyota sekadar menjual sebanyak 2,652 unit GR Supra tatkala penjualan model-model kereta sports lain mencatatkan peningkatan yang signifikan.

Diperkenalkan pada tahun 2022, Toyota GR Supra 2.0L dijana dengan enjin 2.0 liter turbo berkuasa 255 hp dan 400 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik lapan nisbah kelajuan dan pecutan 0-96 km/j dalam masa lima saat.

 

Berita baiknya, GR Supra 2025 3.0 berkuasa 382 hp/500 Nm itu masih lagi ditawarkan dengan pilihan transmisi automatik lapan kelajuan, atau versi manual enam nisbah kelajuan dengan pecutan 0-96 km/j sepantas 4.2 saat (3.9 saat untuk versi AT).

Di pasaran USA, Toyota GR Supra 2025 dijual pada harga bermula dari $57,335 (RM270,449), atau peningkatan harga sebanyak $840 (RM3,962) berbanding model tahun 2024.

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here