Ducati DesertX Discovery tampil dengan lebih banyak ‘jajan’

53

Barisan motosikal dual purpose Ducati DesertX kini diperluaskan lagi menerusi varian baharu yang dikenali sebagai DesertX Discovery.

Jika dibandingkan dengan versi asas DesertX, Discovery tampil dengan lebih banyak aksesori dan kelengkapan tambahan bagi menjadikannya lebih bersedia untuk mengharungi tunggangan off-road yang mencabar.

Antara kelengkapan yang dimaksudkan adalah pelindung tangan, bash plate untuk melindungi radiator, pam air dan sump, pemanas pemegang dan cermin penghadang angin yang lebih besar.



Jentera ini juga didatangkan dengan tongkat tengah bagi memudahkan penyelenggaraan rantai dan tayar belakang, serta pannier aluminium yang menyediakan ruang storan sebesar 76 liter.

Melengkapkan penampilannya adalah livery merah hitam Thrilling Black/Ducati Red yang membuatkannya kelihatan lebih menonjol berbanding varian standard.

Selain penambahan aksesori-aksesori tersebut, aspek-aspek lain DesertX Discovery sebenarnya sama sahaja dengan DesertX standard.

Ia menggunakan fork terbalik boleh laras 46 mm di depan, monoshock boleh laras KYB di belakang, dipadankan dengan rim lidi berukuran 21 inci depan dan 18 inci belakang. 

Sistem brek pula merangkumi cakera berkembar berukuran 320 mm di depan dan cakera tunggal 265 mm di belakang.

‘Nadi’ DesertX Discovery adalah enjin Testastretta 937 cc dengan bentangan silinder berkembar yang menjana 110 hp pada 9,250 rpm dan 92 Nm pada 6,500 rpm. 

Untuk sistem elektronik pula, terdapat Riding Modes, Power Modes, Wheelie Control, Engine Brake Control, Quickshifter dua arah, Cruise Control dan pelbagai lagi. Semua ini, termasuk sistem navigasi, diakses menerusi skrin TFT lima inci.

Di United Kingdom, harga jualan DesertX Discovery bermula daripada £17,295 (RM103,158).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here