Fungsi pengehad kelajuan (ISA) wajib untuk semua kereta baharu Eropah mula minggu depan

241

Bermula minggu depan (7 Julai), setiap kenderaan baharu yang dijual di Eropah diwajibkan pemasangan perisian Intelligent Speed-Assist (ISA) bagi membendung masalah memandu melebihi had laju yang ditetapkan.

Sistem pengehad kelajuan ini akan menggunakan data daripada GPS dan sistem kamera pengesanan papan tanda trafik untuk mengenal pasti had kelajuan sesebuah kawasan sebelum mengenakan had ke atas kenderaan.

Fungsi ISA tidaklah menghalang sepenuhnya pengguna jalan raya daripada terus memandu melebihi had laju yang telah disarankan, akan tetapi ia akan memberikan amaran dalam bentuk visual, audio dan ada sesetengah pengeluar mengenakan had operasi pada pedal pendikit.



 

Pemandu juga boleh memilih untuk tidak menghiraukan amaran tersebut atau memadamkannya terus sepanjang perjalanan.

Namun, sistem ISA ini akan senantiasa berfungsi saat enjin kenderaan dihidupkan.

Beberapa pengeluar kenderaan seperti Ford dan Volvo sudah pun sedia memasang ciri ISA ini pada kenderaan mereka memandangkan pihak EU telah mula mewajibkan pemasangan ciri tersebut pada kereta baharu sejak Julai 2022 lagi.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here