BHPetrol anjur Peraduan Syoknya Menang!, hadiah berjumlah RM250,000

35

Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) menganjurkan peraduan terbaharu Syoknya Menang! dengan menawarkan hadiah yang lumayan berjumlah RM250,000.

Peraduan itu bermula 1 Julai sehingga 31 Ogos ini dengan pelanggan untuk menyertainya hanya perlu berbelanja secara minimun RM40 sama ada pembelian bahan api atau barangan di kedai stesen BHPetrol di seluruh negara.

Hadiah menarik membabitkan:

  • 10 hadiah utama: Kad petrol percuma dan wang tunai RM5,000
  • 10 hadiah kedua: Kad petrol percuma dan wang tunai RM3,000
  • 20 hadiah ketiga: Baucer BHPetrol RM3,000



Sementara itu, BHPetrol juga mengadakan majlis penyampian hadiah untuk peraduan Beli dan Menang Ka-Ching yang diadakan pada 1 Mac sehingga 30 April baru-baru ini.

Seramai 80 pemenang dijemput untuk menerima hadiah itu yang diadakan di Stesen BHPetrol Jalan Meru 2, Klang, Selangor baru-baru ini.

Mereka membawa pulang hadiah bernilai sehingga RM300,000 yang mana ganjaran utama adalah wang tunai RM5,000, diikuti kedua baucer minyak untuk perbelanjaan setahun dan ketiga ialah baucer Habib berjumlah RM3,000.

Ketua Pegawai Eksekutif BHPetrol, Ir Azizul Azily Ahmad berkata, pihaknya terharu dengan sambutan baik dan penyertaan yang tinggi dalam peraduan itu.

“Kami berharap hadiah yang dimenangi akan memberi kegunaan kepada pemenang dalam keperluan harian mereka,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here