Koenigsegg kenal pasti punca kebakaran Jesko, akan ganti kereta secara percuma

31

Pada bulan lepas, sebuah Koenigsegg Jesko terbakar di Greece. Tiada mangsa yang cedera atau terkorban, tetapi megacar itu hangus dijilat api. 

Baru-baru ini, jenama dari Sweden itu mengumumkan yang ia telah menemui punca kebakaran dan akan menggantikan kereta itu secara percuma.

Dalam satu kiriman di Instagram, Ketua Pegawai Eksekutif Koenigsegg, Christian Von Koenigsegg berkata pihaknya mendapati tangki bahan api, minyak enjin dan sistem minyak kotak gear masih utuh selepas api dipadamkan.



Bagaimanapun, terdapat kesan cecair hidraulik di belakang kereta di atas jalan. Oleh tu kami telah menyiasat sistem hidraulik bertekanan, yang merupakan satu-satunya sistem yang mengandungi cecair ini.

Apabila melihat kereta itu dengan lebih dekat kami juga mendapati bahawa hos hidraulik bertekenan telah terjejas pada bahagian belakang kereta. Digabungkan dengan kesan cecair hidraulik di atas jalan menunjukkan dengan jelas bahawa ini adalah punca kebakaran,” tulisnya.

Berikutan insiden itu, Koenigsegg mengarahkan semua pemilik Jesko untuk berhenti memandu kereta mereka dengan serta merta.

Sebagai jalan penyelesaian, syarikat itu akan menjalankan pemeriksaan ke atas jalur hidraulik pada semua Jesko yang telah diserahkan kepada pelanggan dan yang masih dalam produksi. 

Bukan itu sahaja, syarikat itu juga sedang membangunkan dan menguji kemas kini perisian yang boleh mengesan kejatuhan tekanan atau kebocoran dalam kurang satu saat dan seterusnya mematikan sistem hidraulik.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here