Koenigsegg Jesko pecah rekod lagi, 0-400-0 kmsj sepantas 27.83 saat!

62

Masih lagi enggan menyerah kalah, Koenigsegg baru-baru ini mengumumkan empat catatan pecah rekod terbaharu supercar Jesko Absolut dalam beberapa siri pecutan yang dilakukan.

Berdasarkan rekod terbaharu, Jesko Absolut telah berjaya menyelesaikan pecutan dari pegun ke 400 km/j sebelum berhenti sepenuhnya dalam masa 27.83 saat, atau 0.98 saat lebih pantas berbanding rekod Koenigsegg Regera yang dicatatkan pada tahun 2023.

Selain itu, Koenigsegg turut mendakwa Jesko Absolut telah memecahkan beberapa rekod dunia, seperti pecutan 0-250-0 batu sejam dalam masa 28.27 saat, rekod kereta produksi terpantas pada kelajuan 400 km/j dalam tempoh 18.82 saat serat rekod 250 batu sejam dalam masa 19.2 saat.



Kesemua empat rekod dunia itu berjaya dicatatkan oleh pemandu ujian kilang Markus Lundh di sebatang landasan kapal terbang di Orebro, Sweden.

Koenigsegg Jesko merupakan salah satu supercar yang ekstrem atas muka bumi, dengan nadi bentangan V8 5.0 liter turbo berkembar yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 1,600 hp menggunakan bahan api E85.

Kuasa itu disalurkan kepada roda belakang menerusi kotak gear Light Speed Transmission (LST) sembilan nisbah kelajuan yang menggunakan tujuh klac cekam untuk penukaran yang lebih pantas.

Pengasasnya Christian von Koenigsegg turut memberikan teori Jesko Absolut sebenarnya mampu mencecah kelajuan sehingga 330 batu sejam (531 km/j) sekiranya diberikan ruang yang mencukupi.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here