Pagani Huayra Epitome, hypercar V12 manual untuk lelaki sejati

234

Sejak diperkenalkan buat pertama kali 13 tahun yang lalu, Pagani Huayra sentiasa didatangkan dengan transmisi AMT dan manual berjujukan.

Kini untuk pertama kalinya, ada pelanggan (berkemungkinan besar seorang lelaki sejati) yang memesan hypercar itu dengan transmisi manual tradisional, bermaknya ia didatangkan dengan tiga pedal.



Dikenali sebagai Huayra Epitome, ia didatangkan dengan transmisi manual tujuh kelajuan yang dihasilkan oleh Xtrac. Unit ini menggunakan klac tiga cakera yang berfungsi untuk menyalurkan tork dengan lebih baik.

Kotak gear itu digandingkan dengan enjin twin-turbo 6.0 liter V12 keluaran Mercedes-AMG yang ditala bagi menghasilkan 852 hp dan 1,100 Nm iaitu sama dengan apa yang terdapat pada Utopia.

Kuasa disalurkan ke roda belakang menerusi differential elektronik dan aci pemacu tri-pod. Masa pecutan 0-100 km/j tidak didedahkan namun jentera ini dikatakan boleh memecut sehingga kelajuan maksimum 350 km/j.

Apa yang menarik, Huayra Epitome mempunyai sistem ekzos titanium dengan enam muncung. Empat daripadanya diletakkan sedikit tinggi (seperti model-model Pagani yang lain) manakala dua lagi diintegrasikan pada diffuser bagi menjana downforce tambahan.

Jurutera Pagani turut mengemas kini sistem suspensi menerusi geometri baharu yang mengurangkan mendapan ketika memecut dan membrek, dan olengan badan di selekoh.

Huayra Epitome juga mempunyai mod Super Soft yang memberikan talaan suspensi paling selesa ketika melalui permukaan yang tidak rata. Mod ini akan dimatikan secara automatik apabila kereta bergerak pada kelajuan 150 km/j dan ke atas.

Selain tuil gear manual yang cantik, model ini beoleh dibezakan menerusi rekaan bampar depan dan belakang yang unik, empat unit lampu depan dan elemen lampu nyalaan siang pada bampar.

Satu lagi ciri unik model ini adalah spoiler yang disambungkan terus pada dapra belakang, yang dibuat atas permintaan pelanggan.

Huayra Epitome merupakan model one-off, bermakna hanya satu unit sahaja dihasilkan. Pagani berkata perancangannya mengambil masa kira-kira sembulan bulan, manakala pemasangannya pula disiapkan dalam tempoh 10 bulan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here