Polis jumpa UFO atas jalan

70

Sebuah kenderaan menyerupai objek terbang tidak dikenali (UFO) ditahan oleh anggota-anggota polis di negeri Missouri, Amerika Syarikat, lapor laman berita Wion News semalam.

‘UFO’ itu berbeza dengan yang sering dilihat sebelum ini kerana ia tidak terapung di udara, sebaliknya dipandu di atas jalan raya.

Kenderaan unik yang diubah suai mirip UFO itu ditahan oleh polis sebelum pemandunya diarahkan supaya berhenti di tepi jalan. 



Pemandunya kemudian diberikan notis amaran kerana memandu kenderaan itu dengan nombor pendaftaran yang tamat tempoh, selain melanggar peraturan jalan raya.

Ketika ditahan, kenderaan itu dalam perjalanan ke Roswell, negeri New Mexico untuk menghadiri sebuah festival.

Pejabat Syerif Daerah Crawford mendedahkan penahanan itu di akaun Facebook dengan menulis: “Humanoid (robot manusia) yang mesra ini telah datang dengan aman.”

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here