Ford mengumumkan kempen panggil semula melibatkan 30,735 unit Mustang tahun 2022 dan 2023 yang mungkin mengalami masalah penderia pada stereng.
Menurut laporan, isu ini berpunca daripada penderia tork digital sekunder yang mungkin telah dikalibrasi dengan kekutuban terbalik (inverted polarity).
Disebabkan Ford Mustang masa kini sudah pun mula menggunakan sistem stereng elektronik, penderia yang gagal berfungsi dengan baik boleh menyebabkan roda hadapan mengubah arah bertentangan dengan niat pemandu.
Satu siasatan telah dibuat pada lewat Mei untuk mengenalpasti masalah stereng tersebut daripada pembekal, dan setakat ini terdapat dua tuntutan waranti berkaitan dengan masalah tersebut.
Mujur isu ini boleh diselesaikan dengan cara kemaskini perisian Power Steering Control Module, di mana setiap pemilik individu akan dihubungi bermula 5 Ogos nanti.