Ford derma Mustang tenggelam banjir ke sekolah teknik

90

Perit rasanya bila anda yang bertugas sebagai pengurus pengedaran kenderaan terpaksa melupuskan sebuah kereta baharu yang rosak teruk bukan disebabkan oleh kemalangan, akan tetapi rosak akibat banjir.

Apatah lagi jika sesebuah kereta itu berharga puluhan ribu dollar seperti kereta muscle Ford Mustang 2024.

Mungkin ramai beranggapan kereta-kereta tersebut akan dihantar ke pusat pelupusan sampah, namun tidak bagi Ford.



Ini kerana Ford sedia bekerjasama dengan jaringan pengedar di sekitar Detroit untuk membersihkan semula mana-mana kereta yang rosak akibat banjir dan menghantarnya ke sekolah-sekolah teknik berhampiran Michigan untuk dijadikan sebagai alat bantuan mengajar.

Menurut Mike McLean, penyelaras di Ford memberitahu, “kami mendapat kesemua unit Mustang daripada landasan kereta api New Boston selepas kawasan tersebut diserang ribut.”

 

 

“Kami mempunyai pengedar di seluruh negara yang bersedia untuk membawa kenderaan yang terjejas ini untuk dikeringkan, dibersihkan dan bekerjasama dengan sekolah-sekolah. Sejak September, kami telah mendermakan lebih daripada 300 kenderaan di seluruh negara.

Selain model Mustang, Ford juga turut mendermakan beberapa model lain termasuklah trak pikap F-150, van Transit, trak Super Duty, Escape, Lincoln Aviators dan Explorer.

“Pasukan undang-undang kami telah membuat kertas kerja untuk memastikan kesemua kenderaan ini tidak lagi dibenarkan dipandu atas jalan raya, hanya boleh dikategorikan sebagai kenderaan sekerap.”

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here