Subaru Project Midnight – paling radikal, paling pantas!

139

Subaru bakal menggemparkan acara Goodwood Festival of Speed pada tahun ini dengan sebuah WRX yang serba hitam dan agresif yang dinamakan sebagai Project Midnight.

Menurut Subaru, WRX hitam legam ini merupakan jentera lumba yang paling pantas pernah dihasilkan oleh Subaru Motorsports USA, terima kasih kepada nadi boxer 2.0 liter yang diperoleh daripada jentera rallycross pasukan itu yang kini berupaya menjana kuasa setinggi 670 hp dan 922 Nm.



Selain itu, casis WRX ini telah berjaya dikurangkan berat badan kepada 1,120 kg, atau 454 kg lebih ringan berbanding sebuah WRX produksi sebenar.

Subaru turut menaik taraf aspek aerodinamik dengan memadankan komponen yang lebih agresif seperti spoiler hadapan, arka roda yang lebih lebar dan agresif, sayap belakang yang diperoleh daripada jentera rali, serta set rim bersaiz 18 inci.

Jentera Subaru WRX ini dibina oleh Vermont SportsCar dengan menggunakan inspirasi daripada jentera WRX STI yang dipandu oleh Travis Pastrana untuk video Gymkhana tahun 2020.

Untuk projek kali ini, Subaru akan menggunakan khidmat bekas pelumba F1 dan juara rallycross Scott Speed untuk memecahkan rekod di Goodwood serta beberapa acara lain pada masa akan datang.

GALERI

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here