Smart #3 lancar di Malaysia, harga mula RM175k

94

Smart Malaysia rasmi mengumumkan harga Smart #3 ke pasaran tempatan :

 

  • Smart #3 BRABUS : RM255,000
  • Smart #3 Premium : RM215,000
  • Smart #3 Pro : RM175,000



Coupe SUV Smart #3 merupakan ‘abang’ kepada #1 yang mana model kedua dipasarkan ke Malaysia.

Seperti mana model pertama, #3 juga menggunakan platform Sustainable Experience Architecture (SEA) yang mana turut boleh ditemui pada Zeekr X and Volvo EX30.

Dengan dimensi panjang 4,400mm dan lebar (1,844mm) menjadikan Smart #3 lebih panjang 130mm dan lebar 22mm berbanding adiknya #1. Manakala jarak rodanya pula 2,785mm.

MEKANIKAL

Varian Pro dan Premium menggunakan motor elektrik yang diletakkan di belakang dengan output 272PS dan tork 343Nm. Pecutan 0-100kmj dicapai dalam tempoh 5.8 saat dengan kelajuan maksimum 180kmj.

Sementara Brabus pula ditambah dengan motor depan menjadikannya pacuan semua roda (AWD) dengan kuasa 428PS dan tork 543Nm. Pecutan 0-100kmj dicapai dalam tempoh 3.7 saat bersama mod pelancaran ‘Rocket’.

Varian Pro menggunakan bateri litium iron fosfat (LFP) 49kWh yang menawarkan jarak pemanduan 325km dengan sekali cas penuh.

Manakala varian Premium dan Brabus menggunakan bateri nikel kobalt mangan (NMC) dengan  jarak perbatuan 455km (Premium) dan 415km (Brabus).

PENGECASAN

Varian Brabus dan Premium menawarkan pengecas AC 22kWj yang terbaik dalam segmennya dengan keupayaan untuk mengecas bateri dari 10 hingga 80 peratus dalam masa kurang dari 3 jam. 

Manakala pengecasan DC membolehkan isian bateri 10 hingga 80 peratus dalam tempoh 30 minit. Sementara, varian Pro dilengkapi dengan pengecasan AC 7.4 kW dan DC 130 kW. 

CIRI PERALATAN

Memiliki hubungan dengan Mercedes-Benz, penggayaan Smart jelas mendapat bahasa rekaan jenama Jerman tersebut.

Varian Smart #3 Pro dilengkapi dengan Roda Flux 19-inci yang mempunyai rintangan angin yang rendah dan reka bentuk rivet tempat duduk yang pertama dalam industri dengan penyandar kepala yang menampilkan logo Smart.

Smart #3 kelihatan lebih aerodinamik daripada #1 dengan daya seretan Cd 0.27 berbanding 0.29 untuk kereta yang lebih tinggi. 

Sekilas pandang bahagian kabin #3 mirip dengan #1. Namun, corong pendingin hawa #3 didatangkan dengan bentuk bulat seperti Mercedes.

Model Pro pula menerima bumbung kaca panorama, lampu depan LED ‘CyberSpark’, skrin tengah 12.8-inci, kluster instrumen 9.2-inci, kerusi depan berkuasa dengan ciri pemanas dan kawalan pendingin hawa satu zon.

Manakala Premium mendapat lampu depan LED, paparan head up 10 inci, sistem audio Beats 13 pembesar suara,  Automatic Parking Assistant (APA) dan lampu ambien.

Smart #3 menampilkan 12 kombinasi warna badan yang boleh dipilih oleh bakal pemilik.

TAWARAN PEMILIKAN PREMIUM ALL INCLUSIVE SMART

Demi ketenangan pemilik, Smart Malaysia memperkenalkan Pemilikan Premium All-Inclusive merangkumi :

  • Jaminan Bateri bervoltan tinggi selama 8 tahun atau 200,000km
  • Jaminan komponen bervoltan tinggi selama 8-tahun atau 150,000km
  • Jaminan kenderaan selama 4-tahun tanpa had perjalanan
  • Jaminan alat ganti selama 2-tahun tanpa had perjalanan
  • Bantuan Perkhidmatan Jalanan 24/7
  • Pengecas AC smartCharge percuma berharga RM3,200 dengan jaminan 2-tahun
  • Kabel V2L percuma berharga RM800 dengan jaminan 2-tahun
  • Pakej Aksesori Percuma dengan 6 item bernilai RM2,500
  • 5-tahun Data Internet percuma dengan jumlah 60GB

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here